Permohonan Baru GKP 2.0 RM3000 Dibuka Semula Bagi PKS Mikro (Semakan Status)

Permohonan Baru GKP 2.0 RM3000 Dibuka Semula Bagi PKS Mikro (Semakan Status). Berita baik buat peniaga PKS yang ingin memohon bantuan kewangan untuk perniagaan mereka. Untuk makluman menerusi perutusan Kita Prihatin, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Geran Khas Prihatin atau ringkasnya GKP akan dibuka semula untuk peniaga PKS mikro bermula pada 1 Oktober 2020. GKP 2.0 akan dibuka kepada peniaga mikro yang berdaftar dan memegang lesen berniaga dengan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan sehingga 31 Ogos 2020. Permohonan baru dan semakan status Geran Khas Prihatin 2.0 boleh dibuat secara online menerusi laman web GKP.

Permohonan Baru GKP 2.0 RM3000 Dibuka Semula Bagi PKS Mikro (Semakan Status)

Permohonan Baru GKP 2.0 RM3000 Dibuka Semula Bagi PKS Mikro (Semakan Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Geran Khas Prihatin 2.0 termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh bayaran, permohonan baharu dan semakan status :

Tarikh Permohonan : 1 Oktober – 31 Oktober 2020

Apakah GKP 2.0?

Geran Khas PRIHATIN 2.0 adalah merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Syarat Kelayakan Memohon GKP 2.0

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 adalah seperti berikut:

a. Bukan penerima GKP sebelum ini.

b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.

c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000.
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.

d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut :

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ;
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020;

e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Kadar Bantuan GKP 2.0

Jumlah nilai bantuan GKP 2.0 adalah RM3,000 secara one-off.

Cara Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020 melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my/. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Semakan Keputusan Permohonan GKP 2.0

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020. Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020

Nota : Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan GKP 2.0.

Untuk keterangan lanjut, sila layari ke laman web GKP.

BACA JUGA : Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Leave a Reply