Permohonan Baru dan Kemaskini BSH 2020 Online Bantuan Sara Hidup. Nak mohon Bantuan Sara Hidup tahun 2020? Berita baik buat rakyat Malaysia dimana menerusi pembentangan Belanjawan Malaysia 2020 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lee Guan Eng menyatakan hasrat meneruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk tahun 2020. Pemberian BSH 2020 hanya diberikan kepada golongan isi rumah termasuk bujang yang berumu 40 tahun hingga 49 tahun. Permohonan baru BSH 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) atau muat turun borang menerusi laman web rasmi BSH.
Permohonan Baru dan Kemaskini BSH 2020 Online Bantuan Sara Hidup
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup 2020 termasuk memaparkan tarikh, cara pendaftaran, kemaskini dan semakan status :
Tarikh Pendaftaran BSH 2020
Pendaftaran BSH 2020 boleh dibuat bermula pada 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.
Syarat Kelayakan Permohonan BSH 2020
Pemohon BSH 2020 perlulah memenuhi kelayakan mengikut kategori seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Pemohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia
- Jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
b) Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR /MyKAS)
c) Anak (jika mempunyai anak)
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja;
- Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja;
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan;
- Had Umur adalah 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta
ii. Bujang
Pemohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Lelaki atau wanita yang berumur iaitu 40 tahun hingga 59 tahun atau OKU yang berumur 18 tahun hingga 59 tahun
Cara Permohonan BSH 2020 Online & Borang Manual
A. Secara Online
Permohonan baru BSH 2020 boleh dibuat secara online menerusi laman web https://bsh.hasil.gov.my/
B. Secara Manual (Borang)
Borang Permohonan BSH 2020 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BSH LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM /Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Cara Kemaskini BSH 2020 Online & Borang Manual
Sekiranya anda adalah penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2020 dan tiada perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemaskini maklumat BSH 2020. Permohonan anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada BSH 2019.
Bagi anda yang ingin membuat kemaskini BSH 2020, sila layari ke laman web rasmi https://bsh.hasil.gov.my/.
Semakan Status Permohonan BSH 2020
Semakan sstatus permohonan BSH 2020 boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://bsh.hasil.gov.my.
Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Bantuan Sara Hidup 2020, sila hubungi No. Hotline LHDNM 1-800-88-2747 atau hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
BACA JUGA :