Permohonan Bantuan JKM 2020 Untuk Ibu Tunggal, Kanak-kanak, OKU & Warga Emas Online. Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin membuat pendaftaran bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tahun 2020. Untuk makluman, kini anda boleh membuat pendaftaran dan semak status permohonan bantuan JKM secara atas talian (online) melalui Portal eBantuan JKM. Permohonan ini juga boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Terdapat beberapa jenis bantuan JKM yang ditawarkan antaranya iaitu Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Orang Tua, Bantuan Am Persekutuan dan banyak lagi.

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dikenali sebagai JKM adalah satu institusi kerajaan yang bertujuan menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian. Kumpulan sasar JKM termasuklah kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, orang miskin, ibu tunggal, keluarga bermasalah dan mangsa bencana.
Permohonan Bantuan JKM 2020 Untuk Ibu Tunggal, Kanak-kanak, OKU & Warga Emas Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk memaparkan senarai bantuan, syarat kelayakan dan cara permohonan :
Senarai Bantuan JKM Ditawarkan
Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Elaun Pekerja Cacat (EPC)
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Orang Tua (BOT)
- Bantuan Am Persekutuan (BA)
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- Bantuan Geran Pelancaran (GP)
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
- Tabung Bantuan Segera (TBS)
ARTIKEL BERKAITAN : Pendaftaran, Tuntutan Dan Semakan Kelayakan MySalam Bagi Penerima BSH
Cara Mohon Bantuan JKM
A. SECARA ONLINE
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal eBantuan JKM http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/.
B. SECARA MANUAL
1. Pemohon juga boleh membuat permohonan bantuan JKM secara manual iaitu mengisi borang permohonan dengan hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
2. Sila bawa beberapa dokumen sokongan bersama dengan borang permohonan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
Muat turun :
- JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
- Borang Kemaskini Maklumat JKM 20
Semakan Status Permohonan Bantuan JKM Online
Semakan status permohonan bantuan JKM secara atas talian menerusi laman web rasmi http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
Nota : Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.
Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan.
Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita. Laman ini hanya kongsikan dan memberitahu tentang bantuan yang diumumkan oleh kerajaan. Untuk makluman lanjut sila layari ke laman web rasmi JKM dan JPW.
BACA JUGA : Permohonan Rumah Mesra Rakyat Online Untuk Golongan B40


