Pendaftaran Online Murid Tahun 1 Sesi 2022/2023 (Semak Status). Bilakah dibuka tarikh permohonan murid Tahun 1 sesi 2022/2023? Panduan kepada ibu bapa yang ingin membuat pendaftaran anak-anak ke Tahun 1 ambilan 2019/2020, dimana anda boleh membuat Permohonan murid Tahun 1 ambilan 2019/2020 secara online hanya bagi Semenanjung Malaysia. Manakala, bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan perlu hadir sendiri (walk-in) ke sekolah berkenaan untuk pendaftaran.
Untuk makluman, anda perlu mengisi borang permohonan pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2019/2020 akan dibuka secara online mulai 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018 di portal rasmi SPATKPM.
Pendaftaran Online Murid Tahun 1 Sesi 2022/2023 (Semak Status)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran murid Tahun 1 sesi 2019/2020 termasuk memaparkan tarikh permohonan dan aplikasi online :
A. Semenanjung Malaysia
Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi laman web Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia.
1. Pemohon perlu layari laman web di pautan https://public.moe.gov.my/.
2. Anda perlu login menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
3. Kemudian, isikan maklumat borang pendaftaran seperti maklumat prasekolah/tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi anak.
4. Cetak borang tersebut yang telah diisi dengan lengkap bersama dokumen yang diperlukan.
5. Ibu bapa perlu membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk proses Perakuan. Antara dokumen-dokumen yang perlu dibawa (dokumen asal + 1 salinan).
○ Sijil lahir anak/ sijil anak angkat
○ Kad pengenalan ibu bapa/ penjaga
○ Surat nikah/ surat cerai
○ Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
○ Laporan doktor & kad OKU (jika berkaitan)
B. Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
Permohonan ke Tahun 1 bagi negeri Sabah, Sarawak dan Persekutuan Labuan hendaklah dikemukakan secara manual oleh ibu bapa/penjaga dengan menghadirkan diri di sekolah untuk mengisi borang.
Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2018/2019 Online
Keputusan permohonan murid Tahun 1 kebiasaannya akan diumumkan sekitar bulan Julai atau Ogos. Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM.
Jika sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E
62604 PUTRAJAYA
Unit ICT