Live Streaming Big Stage 2020 Astro (Musim 3)

Live Streaming Big Stage 2020 Astro (Musim 3). Saksikan program realiti hiburan ‘Big Stage’ yang kembali lagi menggegarkan industri hiburan tanah air untuk musim ketiga. Big Stage 2020 menampilkan 12 peserta yang yang terdiri daripada 8 peserta lelaki manakala 4 peserta wanita. Program realiti ini bakal bersiaran secara langsung mulai 16 Ogos 2020 pada setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Edisi kali ini, tiada peserta dari luar negara kerana akibat penularan wabak COVID-19. Musim lalu, gelaran juara Big Stage disandang oleh Han Byul yang berasal dari Korea Selatan.

Live Streaming Big Stage 2020 Astro (Musim 3)

Seramai 12 peserta BBNU akan beraksi di atas pentas selama 8 minggu dengan diadili oleh juri tetap yang terdiri daripada Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai. Manakala, Alif Satar dan Sherry Alhadad sekali lagi bakal menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage musim ketiga. Juara program ini akan membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi iringan.

Live Streaming Big Stage 2020 Astro (Musim 3)

Berikut dikongsikan maklumat tentang Big Stage 2020 (Musim 3) termasuk memaparkan senarai peserta dan pautan siaran langsung :

Program Big Stage 2020
Hari : Ahad
Masa : Jam 9.00 malam
Lokasi : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Saluran TV : Astro Ria dan Astro Ria HD
Hos : Alif Satar dan Sherry Al Hadad
Juri : Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai

Senarai Peserta Program Big Stage 2020

Peserta Lelaki

  • Osama Yamani Bin Jamal Ubaidillah, 19, dari Ipoh, Perak, (Yamani Abdillah)
  • Muhammad Azzamuddin Bin Lop Hisham, 23, dari Kuala Lumpur, (Azzam Sham)
  • Muhammad Saiful Naim Bin Muhammad Noor, 23, dari Kulim, Kedah, (Usop)
  • Amir Abu Hasan, 24, dari Kuala Lumpur, (Amir Hasan)
  • Rossaidi Bin Abdul Rani, 26, dari Langkawi, Kedah, (Qody Rani)
  • Muhd Fadhlullah Bin Abd Majid, 27, dari Melaka, (Fadh Majid)
  • Muhammad Hafiz Bin Zainal, 28, dari Johor Bahru, Johor, (Hafiz Zainal)
  • Muhammad Dinie Bin Abdul Rashid, 28, dari Pulau Pinang, (Dinie Rashid)

Peserta Wanita

  • Farisha Binti Asmadi, 21, dari Selangor, (Farisha Irish)
  • Nur Nabilah Hashimi, 25, dari Kuching, Sarawak, (Nanasheme)
  • Hanie Soraya Binti Taha, 26, dari Kuala Lumpur, (Hanie Soraya)
  • Alessandra Dianne Ampuria, 26, dari Sabah, (Sandra Dianne)

Konsert Mingguan Big Stage 2020 (Live)

Minggu Pertama

  • Tarikh disiarkan : 16 Ogos 2020
  • Tema : Lagu Sendiri & Cover

Siaran langsung : akan dikemaskini

Selamat menonton!

Leave a Reply