Live Streaming ABK 2019 Anugerah Bolasepak Kebangsaan. Bilakah tarikh Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 diadakan? Malam ini merupakan malam gemilang buat pemain bolasepak tanah air dimana Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) berlangsung untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan mengikut kategori yang dipertandingkan. Terdapat beberapa kategori antaranya iaitu Pemain Paling Bernilai, Pemain Muda Harapan, Jurulatih Terbaik dan banyak lagi. Pasukan Johor Darul Ta’zim diramal dominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 atas kejayaan menjulang tiga piala (Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala Malaysia) musim ini.

Siapakah yang bakal merangkul pemain paling bernilai ABK 2019? Majlis Penganugerahan Bolasepak Kebangsaan 2019 bakal berlangsung pada hari Jumaat, 15 November ini di Hotel Pullman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 15 November 2019. Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 akan disiarkan secara langsung mulai jam 8.30 malam di Facebook Live MFL dan Football Malaysia on iFlix. Seramai 50 penyokong bertuah yang mengambil bahagian dalam undian “Fan XI” telahpun menerima jemputan ke majlis ABK19.
Live Streaming ABK 2019 Anugerah Bolasepak Kebangsaan
Berikut dikongsikan maklumat tentang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 termasuk tarikh, masa, lokasi, pautan siaran langsung dan kategori dipertandingkan :
Tarikh: 15 November 2019
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 malam
Lokasi: Hotel Pullman, Bangsar, Kuala Lumpur
Live Streaming:
Siaran Langsung Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019
*Akan dikemaskini
Keputusan Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019
Berikut merupakan kategori-kategori ABK19:
- Pemain Paling Bernilai
- Pemain Muda Harapan
- Jurulatih Terbaik
- Penyerang Terbaik
- Pemain Tengah Terbaik
- Pertahanan Terbaik
- Penjaga Gol Terbaik
- Pemain Import Terbaik
- Pemain ASEAN Terbai
- Pemain Paling Popular
- Fan XI
- Pasukan Terbaik
- Penyokong Terbaik
- Anugerah Fair Play
- Kasut Emas
- Penjaring Terbanyak (Liga Super)
- Penjaring Tempatan Terbanyak (Liga Super)
- Penjaring Terbanyak (Liga Premier)
- Penjaring Tempatan Terbanyak (Liga Premier)
- Anugerah Mesra Media
- Laman Web Terbaik
- Media Sosial Terbaik
- Anugerah Persahabatan
- Anugerah Komuniti
- Anugerah Pengadil Berpotensi (Kategori baru)
- Pemain Terbaik AFL Liga M3 (Kategori baru)
- Pasukan Terbaik AFL Liga M3 (Kategori baru)
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) tahun 2019!
Sumber : MFL


