Senarai Kadar Tarif Elektrik TNB 2018 Terkini (Cara Pengiraan)

Senarai Kadar Tarif Elektrik TNB 2018 Terkini (Cara Pengiraan) | Ramai ingin mengetahui kadar tarif elektrik terkini bagi tahun 2018? Panduan buat anda yang ingin mengetahui kadar tarif elektrik terkini tahun 2018. Untuk makluman, menerusi kenyataan daripada kerajaan memutuskan kos elektrik dilepaskan dalam bentuk surcaj ‘kos tak berimbang’ (ICPT) kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung Malaysia bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2018. Ia berikutan peningkatan kos sebanyak 1.35 sen/kWj.

Senarai Kadar Tarif Elektrik TNB 2018 Terkini (Cara Pengiraan)

Bagi pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 300 kWj, mereka akan mengalami penurunan atau kenaikan yang minimum dalam bil elektrik iaitu dianggarkan antara RM0.09 dan RM4.89 sebulan, dengan mengambil kira pelaksanaan kadar 0.0 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula pada 1 Jun 2018.

Senarai Kadar Tarif Elektrik TNB 2018 Terkini (Cara Pengiraan)

Berikut dikongsikan adalah senarai kadar tarif elektrik terkini tahun 2018 buat rakyat Malaysia. Kadar ini berkuatkuasa bermula 1 Julai 2018 ini.

A. Kategori Kediaman

Tarif Kategori                  Unit              Kadar

1. Bagi 200 kWh pertama  sen/kWh      21.8

(1 – 200 kWh)

2. Untuk 100 kWh seterusnya sen/kWh 33.4

(201 – 300 kWh) sebulan

3. Untuk 100 kWh seterusnya sen/kWh 40.0

(301 – 400 kWh) sebulan

4. Bagi 100 kWh pertama    sen/kWh      40.2

(401 – 500 kWh) sebulan

5. Untuk 100 kWh seterusnya sen/kWh 41.6

(501 – 600 kWh) sebulan

6. Untuk 100 kWh seterusnya  sen/kWh 42.6

(601 – 700 kWh) sebulan

7. Untuk 100 kWh seterusnya  sen/kWh 43.7

(701 – 800 kWh) sebulan

8. Untuk 100 kWh seterusnya  sen/kWh 45.3

(801 – 900 kWh) sebulan

9. Untuk kWh seterusnya      sen/kWh    45.4

(901 kWh seterusnya) sebulan

Nota :

1. Caj bulanan minimum adalah RM3.00

2. Kadar bermula 1 Julai 2018

Cara Pengiraan Bil Elektrik Online

Berikut adalah cara membuat pengiraan bil elektrik TNB secara online :

Langkah Pengiraan :

1. Layari laman web TNB di https://www.tnb.com.my/residential/billing dan klik butang BILL CALCULATOR.

2. Isi kategori : Domestik

3. Isi jumlah penggunaan (kWh)

4. Tekan button BILL CALCULATOR

5. Dipaparkan jumlah Bil Semasa dan ringkasan pengiraan bil elektrik.

Untuk makluman lanjut, anda boleh hubungi TNB di saluran 1300885454.

Semoga perkongsian Senarai Kadar Tarif Elektrik Terkini 2018 ini dapat memberi manfaat kepada pengguna.

Leave a Reply