Jadual Dan Tarikh Karnival Pendidikan MARA 2021 (IPMA). Bilakah tarikh Karnival Pendidikan MARA 2021? Panduan buat anda yang menanti-nanti kedatangan Karnival Pendidikan MARA 2021 dimana ia akan berlangsung bermula daripada 23 Jun hingga 2 Julai 2021 secara maya. Selain karnival MARA, turut berlangsung adalah Karnival Pendidikan Tinggi yang akan diadakan mulai dari bulan Mac. Bagi anda yang ingin membuat Permohonan UPUOnline, sila layari ke portal rasmi UPU. Berikut dikongsikan adalah jadual dan tarikh Karnival Pendidikan MARA.

Untuk makluman tujuan utama Karnival Pendidikan MARA ini diadakan adalah memberi peluang kepada lepasan sekolah untuk mendapatkan maklumat terkini di IPTA, IPTS dan IPma. Dengan adanya karnival ini secara tak langsung anda boleh dapatkan kaunseling pendidikan & kerjaya, permohonan terus & temuduga terbuka dan juga boleh membuat semakan baki tunggakan pinjaman MARA.
Jadual Dan Tarikh Karnival Pendidikan MARA 2021
Berikut adalah maklumat tentang jadual Karnival Pendidikan MARA yang mengandungi tarikh, lokasi dan negeri/ zon :
Aktiviti Menarik Karnival Pendidikan MARA
Di antara aktiviti-aktiviti menarik yang terdapat di Karnival Pendidikan MARA adalah seperti berikut :
○ Photobooth
○ Kaunseling Kerjaya
○ Ceramah Kerjaya
○ Pendaftaran Online Institusi Pendidikan MARA
○ Maklumat Pendidikan IPTA & IPma
Tarikh dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2018
ZON TENGAH
KUALA LUMPUR : 10-11 Mac 2018 di Lobi Medan MARA, Lobi Busana MARA dan Hotel Premiera Aras 6, Kuala Lumpur.
ZON TIMUR
TERENGGANU : 14-15 Mac 2018 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
ZON SELATAN
JOHOR : 17-18 Mac 2018 di Plaza Angsana, Johor Bahru
ZON SARAWAK : 17-18 Mac 2018 di The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak
ZON UTARA
KEDAH : 21-22 Mac 2018 di Dewan Kenangan MPSP, Sungai Petani
ZON SABAH : 24-25 Mac 2018 di Centre Point Sabah, Kota Kinabalu
NOTA :
● Pameran bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di semua lokasi.
● Masuk adalah PERCUMA.
Untuk makluman lanjut sila layari ke laman web https://www.mara.gov.my/karnivalipma2021/ atau emel ke karnivalipma@mara.gov.my.


