Harga Tiket Sepahtu Reunion Live Tour 2022 (Cara Beli). Bagaimana cara beli tiket Sepahtu Reunion Live Tour 2022? Berita baik buat peminat sitkom komedi iaitu Sepahtu Reunion kembali lagi dimana akan bersiaran secara tour di Negeri Johor, Terengganu dan Kedah bermula pada 14 Oktober hingga 18 November 2022. Program ini turut disiarkan setiap hari Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Warna (132), Astro Warna HD (124) dan Astro Go. Bagi peminat anda bakal saksikan gelagat jenaka kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jep, Rahim dan Illya Buang.

Harga Tiket Sepahtu Reunion Live Tour 2022 (Cara Beli)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sepahtu Reunion Live Tour termasuk memaparkan harga dan cara pembelian tiket:
Lokasi Dan Harga Tiket Konsert Sepahtu Reunion Live
A. Johor
- Tarikh : 14 & 21 Oktober 2022
- Lokasi : Stadium tertutup Pasir Gudang Johor
- Waktu : 8:00 malam
B. Terengganu
- Tarikh : 28 Oktober 2022 & 4 November 2022
- Lokasi : Stadium tertutup Gong Badak Terengganu
- Waktu : 8:00 malam
C. Kedah
- Tarikh : 11 November 2022 & 18 November 2022
- Lokasi : Stadium tertutup Sultan Abdul Halim Kedah
- Waktu : 8:00 malam

Cara Beli Tiket Sepahtu Reunion Live Tour 2022
Setiap pelanggan Astro boleh memenangi 5 tiket secara PERCUMA dengan menjawab 3 soalan mudah di laman sesawang Astro Rewards astro.com.my/sepahtu.
Selamat menyaksikan siaran langsung Sepahtu Reunion Live 2022 yang disiarkan di saluran Astro Ria.
BACA JUGA : Siaran Langsung Sepahtu Reunion Live


