Contoh Surat Rayuan Haji 2019/1440H Terkini

Contoh Surat Rayuan Haji 2019/1440H Terkini. Adakah anda bakal jemaah haji tahun 2019/1440H? Anda telah membuat semakan tawaran haji bagi tahun 2018? Bagi yang belum, anda perlu menyemak tawaran haji 2018 terlebih dahulu sama ada dipanggil atau pun tidak. Bagi jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji tahun 2018/1439H anda di kalangan insan yang bertuah. Manakala bagi yang gagal mendapat penempatan haji, anda boleh membuat Permohonan Rayuan Haji 2018 yang telah dibuka mulai Jumaat, 17 November 2017 sehingga tarikh tutup permohonan pada 19 Mac 2018.

BACA JUGA : Permohonan Rayuan Haji Tahun 2018/1439H

Contoh Surat Rayuan Haji 2019/1440H Terkini

Rayuan ini terbuka kepada semua bakal haji yang telah mendaftar dengan Tabung Haji (TH) tetapi masih belum mendapat panggilan giliran menunaikan ibadat haji pada tahun 2018/1439H. Bagaimana nak buat surat rayuan haji bagi tahun 2018? Disini MyInformasi kongsikan contoh surat rayuan haji 2018/1439H terkini sebagai panduan kepada bakal haji.

Contoh Surat Rayuan Haji 2019/1440H

Berikut adalah cara permohonan rayuan haji musim 2019/1440H termasuk contoh surat rayuan haji dan cara hubungi :

Alamat Dihantar :

Bahagian Operasi Domestik

Lembaga Tabung Haji

Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH

201 Jalan Tun Razak

50732 Kuala Lumpur.

Isi Kandungan Surat Rayuan Haji :

1. Nama Penuh

2. Nombor Akaun Tabung Haji

3. Nombor MyKad

4. Tujuan Rayuan

5. Tandatangan

Contoh Surat Rayuan Haji

Hisham bin Hashim

Lot 2, Jalan Bintara

Kampung Bintara Muda

80400 Muar

Johor

25 November 2017

Kepada :

Bahagian Operasi Domestik

Lembaga Tabung Haji

Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH

201 Jalan Tun Razak

50732 Kuala Lumpur.

Tuan,

RAYUAN UNTUK MEMPEROLEH PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 1439H/2018M

NAMA :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. AKAUN TABUNG HAJI :

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas,

2. Saya memohon jasa baik dan budi bicara dengan seikhlas hati daripada pihak Tabung Haji dapat menawarkan penempatan kepada saya untuk menunaikan haji pada tahun 2018/1439H.

3. Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang sudah lanjut mencecah 70 tahun dan kesihatan yang masih baik. Selain itu, saya telah 2 kali menjalani kursus haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Saya berharap dapat diberi peluang untuk menunaikan fardhu haji pada tahun 2018.

4. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan amat kami hargai dan kami ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, wassalam.

Yang Benar,

…………………………….

UMAIYAH BINTI KASSIM

No. K/P :

Ini antara alasan yang dicadangkan untuk anda membuat permohonan rayuan haji seperti berikut :

● Ikut suami / ayah / abang / adik lelaki

Dalam kes ni, suami/ayah/abang/adik lelaki telah mendapat tawaran haji. Jadi jika kita ni isteri/anak perempuan/adik beradik perempuan, kita cakaplah yang kita nak ikut mahram kita untuk pergi haji.

● Ingin menjaga ibu/ayah yang ada masalah kesihatan. Jika ibu atau ayah sudah pun dapat tawaran haji dan mereka ada masalah kesihatan, korang tulislah nak ikut sekali sebab nak jaga ibu atau ayah yang ada masalah kesihatan.

Surat permohonan rayuan haji yang telah diisi dengan lengkap besertakan bukti dokumen, boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui ;

i. Cawangan Pejabat Tabung Haji atau ;

ii. Email ke th-info@lth.gov.my

Sekiranya anda kemusykilan atau pertanyaan lanjut tentang permohonan rayuan Haji tahun 2018/1439H, boleh terus hubungi THCC di talian 03- 6207 1919.

Semoga perkongsian tentang cara tulis Surat Rayuan Haji tahun 2019/1440H dapat membantu bakal jemaah untuk membuat surat rayuan haji tersebut. Selamat menunaikan Haji di Baitullah.

Kredit : fitrahalhajj, TH

Leave a Reply