Contoh Surat Rayuan Haji 2023 Terkini

Contoh Surat Rayuan Haji 2023 Terkini. Nak buat surat rayuan Haji 2023? Sebelum itu pastikan anda telah membuat semakan tawaran haji 2022 untuk mengetahui sama ada dipanggil atau tidak layak menunaikan haji pada tahun tersebut. Bagi jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji tahun 2022/1443H anda di kalangan insan yang bertuah untuk ke Baitullah. Manakala bagi yang gagal mendapat tawaran haji, anda masih berpeluang dengan membuat permohonan rayuan Haji 2022 yang telah dibuka setelah tawaran haji tahun semasa dikeluarkan. Kini, permohonan rayuan haji hanya boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi Thijari.

Contoh Surat Rayuan Haji 2023 Terkini

Contoh Surat Rayuan Haji 2023 Terkini

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan rayuan haji termasuk memaparkan tarikh, contoh surat rayuan dan cara hubungi :

Tarikh Rayuan Haji 2022

Menerusi makluman daripada Tabung Haji memaklumkan rayuan haji boleh dibuat setelah tawaran haji tahun semasa dikeluarkan sehingga 1 Rejab setiap tahun. Pendeposit hanya dibenarkan mempunyai satu (1) rayuan sahaja bagi setiap musim haji.

ARTIKEL BERKAITAN : Jadual Kursus Haji 2022 Bagi Semua Negeri

Contoh Menulis Surat Rayuan Haji

Bagi anda yang ingin membuat surat rayuan haji boleh ikuti maklumat di bawah :

Alamat Dihantar :

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH
201 Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur

Isi Kandungan Surat Rayuan Haji :

  • Nama Penuh
  • Nombor Akaun Tabung Haji
  • Nombor MyKad
  • Tujuan Rayuan
  • Tandatangan

CONTOH

Hisham bin Ahmad
Lot 23 Jalan Bintara
Kampung Bintara Muda
80400 Muar
Johor
25 Disember 2020

Kepada :

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH
201 Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur.

Tuan,

RAYUAN UNTUK MEMPEROLEH PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 1442H/2021M

NAMA :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. AKAUN TABUNG HAJI :

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas,

2. Saya memohon jasa baik dan budi bicara dengan seikhlas hati daripada pihak Tabung Haji dapat menawarkan penempatan kepada saya untuk menunaikan haji pada tahun 2022/1443H.

3. Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang sudah lanjut mencecah 70 tahun dan kesihatan yang masih baik. Selain itu, saya telah 2 kali menjalani kursus haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Saya berharap dapat diberi peluang untuk menunaikan fardhu haji pada tahun 2022.

4. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan amat kami hargai dan kami ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, wassalam.

Yang Benar,

…………………………….

UMAIYAH BINTI KASSIM

No. K/P :

Ini antara alasan yang dicadangkan untuk anda membuat permohonan rayuan haji seperti berikut :

● Ikut suami / ayah / abang / adik lelaki

Dalam kes ni, suami/ayah/abang/adik lelaki telah mendapat tawaran haji. Jadi jika kita ni isteri/anak perempuan/adik beradik perempuan, kita cakaplah yang kita nak ikut mahram kita untuk pergi haji.

● Ingin menjaga ibu/ayah yang ada masalah kesihatan. Jika ibu atau ayah sudah pun dapat tawaran haji dan mereka ada masalah kesihatan, korang tulislah nak ikut sekali sebab nak jaga ibu atau ayah yang ada masalah kesihatan.

Surat permohonan rayuan haji yang telah diisi dengan lengkap besertakan bukti dokumen, boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui ;

i. Cawangan Pejabat Tabung Haji atau ;

ii. Email ke th-info@lth.gov.my

Nota : Bermula tahun 2021, permohonan rayuan haji 1443H boleh dibuat menerusi aplikasi Thijari https://www.thijari.com.my/.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang rayuan haji, sila hubungi THCC di talian 03 62071919 atau layari FB https://web.facebook.com/TabungHaji/

BACA JUGA : Permohonan Rayuan Haji Tahun 2023

Kredit : fitrahalhajj, TH

Leave a Reply