Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Sekolah (Lengkap). Adakah anda pelajar sekolah rendah atau menengah? Bagaimana nak tulis surat rasmi tidak hadir ke sekolah yang betul? Sudah pastinya para ibu termasuk pelajar membuat carian tentang contoh surat rasmi tidak hadir sekolah sebagai panduan untuk menulis. Berikut dikongsikan adalah contoh surat tidak hadir sekolah jika anda tidak dapat menghadiri ke sekolah tanpa sijil sakit atau pun disampilkan dengan borang sakit. Surat rasmi tidak hadir ke sekolah ini boleh digunakan atas alasan tertentu yang muhasabah.

Surat rasmi permohonan cuti sekolah ini penting dalam memastikan rekod ketidakhadiran pelajar dapat dibuktikan dengan surat ini dan tidak ditanda sebagai ponteng sekolah. Dengan adanya surat ini memastikan rekod berhenti sekolah pelajar kelak dalam prestasi yang terbaik. Ini adalah contoh surat rasmi tidak hadir sekolah yang terbaik untuk anda mengarang.
Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Sekolah (Lengkap)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang senarai contoh surat tidak hadir sekolah sebagai panduan buat ibu bapa dan pelajar :
A. Surat Rasmi Tidak Hadir Sekolah Sebab Sakit Demam
Amizah binti Mohamad
blok t-7,taman sena ,
01457,kuala kemunting
shah alam selangor
_____________________________________________
Guru Kelas 4biru
Sek Keb Miru Perdana
Jalan Parit Buntar,
09432, Baling
Kedah Darul Aman. 18/10/2011
Tuan/Puan,
PERKARA: TIDAK HADIR KE SEKOLAH
Merujuk pernyataan diatas, saya waris penjaga Amizah binti Mohamad ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri pada 17/10/2018 .
2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam panas yang bermula setelah pulang dari sekolah pada beberapa hari yang lepas.
3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 17/10/2018 berikutan demam yang berlanjutan dan tidak kebah. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan oleh doktor bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.
Saya ingin meminta maaf diatas kejadian ini dan berharap dari kerjasama pihak tuan.
Sekian terima kasih.
Yang Benar,
…………………………….
( )
B. Surat Rasmi Tidak Hadir Sekolah (Pelbagai Alasan)
_________________________ _________________________ _________________________ _____/_______/__________
_____________________________________________
PENGETUA SMK PERMATANG TODI
JALAN CHANGGAI,
46000 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh :
SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN ANAK/ JAGAAN KE SEKOLAH
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya ___________________ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama __________________ dari kelas _____________ingin memberikan sebab anak/ jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh ________________.
3. Anak/jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut kerana :
○ Anak/jagaan saya sakit/tidak sihat untuk hadir ke sekolah tanpa Sijil Cuti Sakit daripada doktor.
○ Anak/jagaan saya menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah.
○ Anak/jagaan saya perlu menghadiri majlis ________________________bersama keluarga.
4. Sehubungan dengan itu, saya memohon agar anak saya tidak dikategorikan sebagai melakukan kesalahan ponteng sekolah pada tarikh tersebut.
Sekian, terima kasih.
Yang benar ,
…………………………………
( )
BACA JUGA :


