Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam Bahasa Melayu (Lengkap)

Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam Bahasa Melayu (Lengkap). Anda ingin behenti kerja? Panduan buat pekerja yang bercadang dan mengambil keputusan untuk berhenti bekerja. Bagaimana nak tulis surat berhenti kerja yang lengkap dan betul? Perkongsian contoh surat rasmi berhenti kerja ini adalah dalam bahasa Melayu yang merangkumi notis perletakan jawatan sama dalam 24 jam atau sebulan. Anda boleh tulis contoh surat peletakan jawatan itu sebagai panduan sahaja.

Contoh Surat Berhenti Kerja Lengkap dan Terbaik

Berikut adalah contoh surat rasmi berhenti kerja terbaik yang boleh dijadikan panduan buat anda. Untuk membuat notis perletakan jawatan perlulah maklum atau dihantar sebulan lebih awal kepada majikan anda untuk memudahkan urusan gaji.

Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam Bahasa Melayu LENGKAP

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh surat berhenti kerja yang boleh dijadikan panduan buat anda :

CONTOH 1

AHMAD FARHAN BIN AHMAD FUAD

NO4, KG TEBUK,

SUNGAI KOB,

P9700 KARANGAN,

KEDAH DARUL AMAN.

___________________________________________

WONG ENGINEERING CORPORATION BERHAD,

LOT 24, JALAN HI-TECH 4,

09000 KULIM,

KEDAH DARUL AMAN.                28 APR 2017

Tuan,

Per: Notis Berhenti Kerja

Merujuk kepada perkara di atas, saya Ahmad Farhan Bin Ahmad Fuad, ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan berhenti kerja mulai 31 Mei 2017.

2. Saya berbuat demikian adalah kerana ingin menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Putra Malaysia.

3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………..

(                                )

CONTOH 2

-nama-,

-alamat penuh-

___________________________________________

-nama syarikat-,

-alamat syarikat-. Tarikh :

(u.p.:-nama individu / jawatan / bahagian-)

Tuan / Puan,

SURAT PERLETAKAN JAWATAN.

Dengan sukacita perkara di atas adalah dirujuk. Saya -nama- dengan nombor kad pengenalan -no ic- adalah bertugas sebagai -nama jawatan- dengan -nombor pas / pas sementara / pekerja.

2. Saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan / puan bahawa saya akan meletakkan jawatan di syarikat pihak tuan / puan dengan rasminya pada -tarikh berhenti-. Sehubungan dengan itu saya akan mematuhi polisi syarikat untuk memastikan perletakan jawatan sayaini berjalan mengikut tempoh masa yang telah ditentukan oleh pihak syarikat.

3. Untuk makluman tuan / puan, tujuan saya meletakkan jawatan ini adalah kerana -tujuan-. Dengan ini, saya ingin meminta maaf terlebih dahulu sekiranya perletakan jawatan saya ini memberi kesan ke atas syarikat pihak tuan / puan. Saya juga amat berterima kasihdi atas jasa baik pihak syarikat yang telah memberi saya peluang untuk bekerja serta memberi segala bimbingan dan tunjuk ajar selama saya bekerja di syarikat ini.

Dengan ini, kerjasama pihak tuan / puan bagi permohonan perletakan jawatan ini saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

YANG BENAR,

-nama-.

BACA JUGA : Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam Bahasa Inggeris

Leave a Reply