Cara Nak Confirm Moratorium Perjanjian Sewa Beli Kereta Bagi Pengguna Maybank

Cara Nak Confirm Moratorium Perjanjian Sewa Beli Kereta Bagi Pengguna Maybank. Panduan buat pengguna Maybank yang nak apply moratorium perjanjian sewa beli kereta. Untuk makluman, menurut sumber terkini daripada Maybank memaklumkan pengguna perlu memberi persetujuan untuk mengambil moratorium untuk pinjaman/pembiayaan sewa beli. Jika sebelum ini secara automatik, tetapi kini anda perlu confirm sendiri secara atas talian (online) melalui laman web maybank2u. Tarikh akhir pengesahan adalah sebelum pada 31 Mei 2020.

Cara Nak Confirm Moratorium Perjanjian Sewa Beli Kereta Bagi Pengguna Maybank

Moratorium atau ‘penangguhan’ pembayaran balik pinjaman/pembiayaan ke satu tarikh lain seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bertujuan untuk meringankan beban pengguna dan perniagaan kecil yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19.

Cara Nak Confirm Moratorium Perjanjian Sewa Beli Kereta Bagi Pengguna Maybank

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Moratorium Perjanjian Sewa Beli Kereta termasuk memaparkan cara permohonan :

Apakah Moratorium Pinjaman/Pembiayaan Sewa Beli?

Ia adalah penangguhan pembayaran ansuran bulanan untuk pinjaman/ pembiayaan Sewa Beli untuk 6 bulan dari 1 April 2020 sehingga 30 September 2020. Dalam tempoh 6 bulan moratorium ini, pelanggan yang layak tidak perlu membuat pembayaran untuk pinjaman/pembiayaan mereka dan tiada kadar faedah / keuntungan tambahan (kadar terma) akan dikenakan pada ansuran tertunda, tiada penalti atau caj pembayaran lewat akan dikenakan.

Info Moratorium Perjanjian Sewa Beli

Antara maklumat tentang moratorium perjanjian sewa beli :

  • Penangguhan ansuran bulanan bermula 1 April 2020 sehingga 30 September 2020
  • Tempoh pembiayaan/ pinjaman akan dilanjutkan maksimum kepada 6 bulan
  • Tiada caj faedah/keuntungan tambahan dikenakan ke atas penangguhan ansuran bulanan.
  • Ansuran bulanan & due date bayaran kekal sama
  • Semua terma akan kekal sama seperti didalam perjanjian sewa beli.

Cara Confirm Pinjaman Sewa Beli Maybank

Anda hendaklah memberikan persetujuan anda untuk mengambil moratorium ini sebelum 31 Mei 2020 melalui tiga cara seperti berikut :

  1. Maybank2u atau Maybank2u Biz dan terus ke bahagian ‘Announcement’ untuk memberikan persetujuan anda.
  2. Pusat Kewangan Auto Maybank dengan menghubungi kami. Klik
    sini
    untuk senarai nombor telefon.
  3. talian Khidmat Bantuan Pelanggan : 1300 88 6688 , tekan *1 untuk moratorium.

Cara Memberi Persetujuan Moratorium Pinjaman Sewa Beli Maybank Secara Online

1. Layari laman web maybank2u.

Cara Nak Confirm Moratorium Perjanjian Sewa Beli Kereta Bagi Pengguna Maybank

2. Masukkan username untuk login akaun Maybank.

Cara Nak Confirm Moratorium Perjanjian Sewa Beli Kereta Bagi Pengguna Maybank

3. Kemudian, klik pada butang ‘YES’.

Cara Nak Confirm Moratorium Perjanjian Sewa Beli Kereta Bagi Pengguna Maybank

4. Tanda pada ruangan disediakan. Ikuti seperti gambar di bawah.

Cara Nak Confirm Moratorium Perjanjian Sewa Beli Kereta Bagi Pengguna Maybank

5. Klik pada butang ‘AGREE & SUBMIT’.

6. Request nombor SMS TAC.

7. Selesai confirmation. Save resit dan klik ‘done’.

8. Dipaparkan confirmation letter.

Nota : Untuk dapatkan soalan-soalan lazim (FAQ) boleh klik di pautan
https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_financial_relief_scheme.page

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :

  • Talian Khidmat Bantuan Pelanggan : 1300 88 6688, tekan *1 untuk moratorium
  • Emel : mgcc@maybank.com.my
  • Pusat Kewangan Auto Maybank

Sumber : Shahrul Nizam Meck

Leave a Reply