Cara Daftar BSN Online Banking 2020 Dengan Mudah (myBSN). Nak buat pendaftaran BSN online banking? Panduan buat pengguna BSN yang ingin mendaftar internet banking MyBSN. Kini, Bank Simpanan Nasional (BSN) turut melancarkan perbankan online iaitu ‘MyBSN‘ khususnya kepada pengguna-pengguna BSN. Dengan perbankan internet myBSN membolehkan pengguna menyemak baki, membayar bil, pindahan wang dan transaksi dalam talian tanpa perlu hadir ke mesin ATM.

Cara Daftar BSN Online Banking 2020 Dengan Mudah (myBSN)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang myBSN internet banking termasuk memaparkan syarat kelayakan, fungsi perkhidmatan, cara pendaftaran dan login akaun :
Apakah MYBSN?
MyBSN adalah merupakan portal internet banking yang mengandungi semua perkara tentang BSN serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet.
Syarat Kelayakan Daftar myBSN
1. Pemegang akaun BSN dengan kad ATM/ Debit/ Kredit BSN.
2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
Senarai Perkhidmatan myBSN Internet Banking
Antara perkhidmatan yang disediakan dalam banking online MyBSN iaitu :
- Fund Transfer
- Balance Inquiry
- Bill Payment
- Credit Card Payment
- Credit Card PIN Request
- Report Lost/ Stolen Card
- Prepaid Reload
- Online Application
- e-SSP Savings
- Financing Payment
- Apply for Credit Card
- e-Statement Download
Cara Pendaftaran MyBSN Secara Online
- Untuk pendaftaran online, sila layari ke laman web rasmi BSN http://www.mybsn.com.my/
- Kemudian, klik pada butang ‘First Time Registration’.
- Setelah pada ‘Terms & Conditions’, klik pada butang ‘Accept’.
- Masukkan nombor kad debit/ kredit. Isikan maklumat yang diperlukan sahaja. Card Verification Value (CVV2) boleh rujuk pada kad debit /kredit anda di bahagian belakang yang tertera tiga nombor.
- Sekiranya anda Warganegara Malaysia, sila isikan ‘New IC Number’. Bagi yang guna passport bukan guna IC, pilih ‘Military IC/ Passport Number’.
- Masukkan butiran username, password, kod OTP dan online image.
- Pendaftaran anda telah berjaya. Tekan ‘click here’ untuk login dan masukkan username dan password anda.
Nota : Kod OTP boleh dapatkan dari nombor telefon yang berdaftar semasa proses pendaftaran akaun bank BSN dahulu. Jika berlaku ‘Unable to process your request’ dalam permohonan anda, sila telefon Customer Service Centre di talian 1300881900.
Cara Login MYBSN (Kali Pertama)
Buat kali pertama, anda boleh login myBSN menerusi laman web https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
Nota : Pertanyaan lanjut tentang soalan lazim MyBSN boleh kunjungi di https://www.mybsn.com.my/FAQ.
Sebarang keterangan lanjut tentang myBSN, sila layari laman web rasmi BSN atau hubungi di talian 1300 88 1900.
BACA JUGA : Cara Semakan Penerimaan Bayaran BPN 2.0 Bagi Isi Rumah & Bujang



Tq
Bank bsn
Kalau mcm saya no phone yg guna msa buka akaun bsn dlu no tu dh xda dgn saya.. akibat kmlgan jln raya phone xtahu sapa ambil.. lepas sembuh tu sya beli no baru trs p cwgn bsn saya ckap nk tukar no phone sbb nk guna guna online xblh otp..kerani tu cakap xboleh tukar..masa tu tahun 2016.. dah kerani tu ckap xboleh tukar… sya pun ok xpala klau xblh..kna ulang alik ke atm nmpk gaya.. jd saya nak tanya utk msalah mcm sya ni kot thun 2020 boleh tukar no phone..
Mau tnya cimb bila masuk ya
Cara Daftar mybsn online