Cara Booking Tiket ETS KTMB Online

Cara Booking Tiket ETS KTMB Online | Adakah anda pengguna pengangkutan awam di Malaysia? Selain menaiki pengangkutan awam seperti bas dan teksi, ETS juga salah satu alternatif terbaik masa kini untuk perjalanan balik ke kampung halaman masing-masing. Dengan keadaan ekonomi yang berkembang pesat termasuk kesesakan lalulintas sudah semestinya pengangkutan awam khususnya ETS menjadi pilihan ramai. Bagaimanakah cara membeli tiket ETS KTMB secara online?

Cara Booking Tiket ETS KTMB Online

Sepertimana anda tahu, Electric Train Service atau lebih dikenali sebagai ETS merupakan perkhidmatan tren laju yang beroperasi dari Padang Besar ke KL Sentral di bawah kelolaan KTMB. Oleh itu, bagi pengguna ETS boleh merujuk dahulu jadual perjalanan tren ETS di laman sesawang KTMB. Bagi pelajar anda boleh menggunakan kad KTM i-Card untuk menikmati diskaun tambang ETS.

Cara Booking Tiket ETS KTMB Online

Berikut dikongsikan adalah cara beli tiket ETS KTMB secara online:

Untuk pengetahuan anda, cara beli tiket ETS boleh ditempah menerusi beberapa cara antaranya adalah tempahan melalui Agen Tiket Berdaftar, di kaunter KTMB, hotline telefon dan secara atas talian (online).

Cara Tempah Tiket ETS Online

Berikut adalah cara menempah tiket ETS secara online menerusi 3 web ini :

1. www.busonlineticket.com

2. www.easybook.com

3. http://www.ktmb.com.my/

Portal www.busonlineticket.com dan www.easybook.com adalah ejen tiket KTM Berhad dan mereka menawarkan penempatan tiket KTM secara online di portal mereka.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman sesawang Keretapi Tanah Melayu Berhad di www.ktmb.com.my atau Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862.

Semoga perkongsian tentang cara booking tiket ETS KTMB secara online ini dapat dijadikan panduan buat pengguna.

Leave a Reply