BSH 2020 Fasa 3 : Syarat Layak Rayuan & Cara Memohon

BSH 2020 Fasa 3 : Syarat Layak Rayuan & Cara Memohon. Panduan buat rakyat Malaysia yang membuat permohonan Bantuan Sara Hidup tahun 2020. Secara umumnya, pembayaran BSH 2020 Fasa Ketiga telah dikreditkan ke akaun penerima bermula daripada 24 Julai 2020 secara berperingkat. Bagi pemohon yang berstatus tidak lulus boleh mengemukakan permohonan rayuan BSH 2020 secara online atau hadir ke kaunter LHDN berdekatan. Permohonan rayuan BSH boleh dibuat mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

BSH 2020 Fasa 3 : Syarat Layak Rayuan & Cara Memohon

BSH 2020 Fasa 3 : Syarat Layak Rayuan & Cara Memohon

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup 2020 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup 2020

Sekiranya ingin membuat permohonan rayuan, pastikan anda cukup syarat seperti:

a. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
b. Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
c. Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
d. Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)
e. Hubungan anak mestilah:
(i) Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara
(ii) Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
(iii) Tiada punca pendapatan atau tidak bekerja

Artikel Berkaitan : Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300

Siapa Yang Tidak Layak Rayuan

Antara sebab pemohon tidak layak memohon BSH 2020 adalah iaitu :

  • Pendapatan isi rumah melebihi RM4,000 dan ke atas
  • Bekerja atau menetap di luar negara
  • Bujang berumur 39 tahun dan ke bawah
  • Pasangan bukan warganegara/ ibu atau bapa tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak
  • Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat & Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad
  • Memiliki 2 atau lebih perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian
  • Memiliki Perkongsian Liabiliti Terhad
  • Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat
  • Transaksi Pemilikan Hartanah melebihi RM500,000

Cara Permohonan Rayuan BSH 2020

Bagi mereka yang tidak lulus, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020 secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my. Permohonan rayuan secara online hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja.

BSH 2020 Fasa 3 : Syarat Layak Rayuan & Cara Memohon

Selain daripada status tidak lulus berkenaan, rayuan BSH 2020 perlu dibuat di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar.

Nota : Bagi anda yang nak buat rayuan BSH 2020 sila rujuk kod tidak lulus BSH dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk rayuan disini.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi BSH atau hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747.

BACA JUGA : Cara Claim RM50 Kredit ePENJANA

Leave a Reply