Tonton Telefilem Selirat (Slot Cerekarama). Saksikan sebuah telefilem baharu berjudul Selirat yang bakal disiarkan pada hari Sabtu, 16 November pukul 9.00 malam di slot Cerekarama TV3. Telefilem Selirat menampilkan beberapa pelakon terkenal antaranya Shukri Yahaya, Izzue Islam, Aman Graseka, Tiz Zaqyah dan ramai lagi. Telefilem ini diarahkan oleh pengarah tersohor, FeroZ Kader dibawah terbitan EJ Pictures Sdn Bhd. Jangan lupa saksikan telefilem Selirat di TV3!

Tonton Telefilem Selirat (Slot Cerekarama)
Berikut dikongsikan maklumat tentang Telefilem Selirat termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon, sinopsis dan link live streaming :
JUDUL : SELIRAT
WAKTU SIARAN : Hari Sabtu, 16 November 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Mahizan Husain & Eenaz Mohtar
PENGARAH : Feroz Kader
TERBITAN : EJ Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Tiz Zaqyah, Izzue Islam, Aman Graseka, Mimi Lana, Rania, Meor Mohd, Adam Corrie
Sinopsis Telefilem Selirat
Telefilem Selirat ini mengisahkan tentang Dharma yang sengaja mengatur pertarungan antara Azrul dan Madi semata-mata untuk membalas dendam terhadap Azrul. Azrul dan Madi akhirnya terpedaya dan bertaruh demi menuntut hak masing-masing. Setelah mereka sedar yang mereka ditipu akibat perancangan Dharma, Azrul dan Madi akhirnya bergabung untuk memburu Dharma.
Cara Menonton Telefilem Selirat
Untuk tontonan sila klik video atau link di atas ⬆️⬆️
Selamat menonton!


