Tarikh Ujibakat Hero Remaja 2020

Tarikh Ujibakat Hero Remaja 2020. Anda ingin menyertai Hero Remaja? Kini pencarian Hero Remaja 2019 bakal kembali lagi menemui para penonton dimana ujibakat Hero Remaja bakal diadakan pada 21, 22, 28 dan 29 Disember 2019 bertempat di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Bagi pemuda yang berkelayakan boleh menyertai ujibakat Hero Remaja 2020 yang telah ditetapkan. Edisi sebelum ini, Hero Remaja Edisi 2017 dimenangi oleh Alif Muhaimin.

Tarikh Ujibakat Hero Remaja 2020

Hero Remaja merupakan pertandingan ikon pemuda Malaysia yang dianjurkan oleh majalah Remaja terbitan kumpulan Krangkraf dimana pertandingan ini selalunya di selang seli dengan pertandingan Dewi Remaja. Antara nama-nama selebriti yang pernah terlibat dalam Hero Remaja antaranya iaitu Azhar Sulaiman, Esma Daniel, Norman Hakim, Eizlan Yusof, Kamal Adli, Fattah Amin dan ramai lagi.

Tarikh Ujibakat Hero Remaja 2020 (Syarat Penyertaan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Hero Remaja 2020 termasuk memaparkan tarikh, masa, lokasi dan syarat kelayakan :

Tarikh Ujibakat : 21, 22, 28 dan 29 Disember 2019

Lokasi : Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam

Masa : 9 pagi – 4 petang

Syarat Kelayakan Ujibakat Hero Remaja 2020

a. Peserta hendaklah berumur daripada 18 tahun sehingga 24 tahun

b. Tinggi minimum 170cm

c. Peserta hendaklah memakai baju berwarna putih, berseluar denim dan berkasut tutup

SILA BAWA BERSAMA

  1. Majalah REMAJA edisi Oktober – Disember 2019
  2. Gambar berukuran penuh 4R
  3. Salinan kad pengenalan

Semoga anda berjaya menyertai dalam program Hero Remaja 2020.

Leave a Reply