Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju 2018 Sempena Raya Aidilfitri

Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju 2018 Sempena Raya Aidilfitri | Bilakah tarikh akhir pengeposan Pos Laju sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2018? Panduan buat anda pengirim atau penerima yang ingin membuat pengeposan pos laju. Bersempena Hari Raya Aidilfitri 1439H, menerusi portal rasmi Pos Malaysia telah mengeluarkan tarikh akhir pengeposan Poslaju 2018, dimana pelanggan dinasihatkan supaya membuat pengeposan item Pos Laju untuk destinasi dalam negara sebelum atau pada 9 Jun 2018.

Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju 2018 Sempena Raya Aidilfitri

Untuk makluman, serahan bagi item yang diposkan selepas 9 Jun 2018 hanya dilakukan mulai 18 Jun 2018. Walaubagaimanapun, Pos Malaysia tetap menerima pengeposan sehingga 14 Jun 2018. Bagi memastikan bungkusan pelanggan selamat sampai ke destinasi ditujui sempena Hari Raya Aidilfitri 2018, anda boleh semak tracking Pos Laju untuk mengetahui status dan kedudukan terkini barangan anda.

Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju 2018 Sempena Raya Aidilfitri

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tarikh akhir pengeposan Poslaju tahun 2018 yang memaparkan tarikh akhir pengeposan pos laju sempena Hari Raya Aidilfitri 2018:

● Tarikh Ditutup : 10 hingga 14 Jun 2018

● Tarikh Dibuka : Mulai 18 Jun 2018

Semoga perkongsian tentang tarikh akhir pengeposan Poslaju 2018 sempena Hari Raya Aidilfitri 1439H dapat dijadikan panduan buat pengirim dan penerima.

Leave a Reply