Sinopsis Drama Sweet Dreams Lakonan Mira Filzah & Ben Amir. Nantikan drama terbaru berjudul Sweet Dreams yang diarahkan oleh pengarah hebat Michael Ang. Drama ini akan menggantikan drama Setelah Terlafaznya Akad di slot MegaDrama Astro Ria. Drama Sweet Dreams menampilkan beberapa pelakon hebat antaranya Mira Filzah, Ben Amir dan ramai lagi. Drama ini akan disiarkan selama 28 episod dan dijangka pada bulan Ogos nanti mulai jam 10.00 malam di slot MegaDrama Astro Ria.

Sinopsis Drama Sweet Dreams (Mira Filzah & Ben Amir)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Sweet Dreams yang memaparkan senarai pelakon, synopsis dan siaran langsung :
JUDUL : SWEET DREAMS
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : –
PELAKON : Ben Amir, Mira Filzah, Sean Lee, Didi Astillah, Yuna Rahim, Nasz Sally, PU Azman
Senarai Pelakon Drama Sweet Dreams
● Ben Amir sebagai Qash Adam
● Mira Filzah sebagai Putri
● Didi Astillah sebagai Melissa
● Sean Lee sebagai Karl
● Yuna Rahim sebagai Cempaka
Synopsis Drama Sweet Dreams
Putri – Gelaran seperti Ratu Kelam Kabut, Minah Clumsy sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil lagi. Habis semua tiang dan dinding dia langgar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang. Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tak balance?
Namun beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu mutant atau superhero? Datangnya sering tanpa isyarat.
Selamat menonton drama Sweet Dreams di saluran slot MegaDrama Astro Ria!