Sinopsis Drama Mimpi Yang Sempurna TV1. Saksikan sebuah drama berjudul Mimpi Yang Sempurna yang diadaptasi novel Mimpi Yang Sempurna karya Aiza Qriselda bakal disiarkan di RTM menerusi saluran TV1. Drama ini dibintangi oleh Tiz Zaqyah dan Aqasha sebagai peneraju utama. Drama Mimpi Yang Sempurna akan bersiaran bermula 22 Ogos ini, setiap setiap Khamis dan Jumaat, pukul 7.00 malam di slot Widuri TV1.

Sinopsis Drama Mimpi Yang Sempurna TV1
JUDUL : MIMPI YANG SEMPURNA
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 22 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Khamis & Jumaat, 7.00 malam
SIARAN TV : Slot Widuri, TV1 (RTM)
PENULIS NOVE: Aiza Qriselda
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Rozie Rashid, Ainaa Hanez
PENGARAH : Jo Yusof
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures
PELAKON : Aqasha, Tiz Zaqyah, Farahdhiya, Keith Foo, Elisha Sandha, Afifah Nasir, Shaharuddin Thamby, Arash Mohamad, Kuna, Aidil Aziz, Firdaus Ghufran, Rania Humaira, Jesse Lim, Ramli Salleh, Elanie Aidid
Senarai Pelakon Drama Mimpi Yang Sempurna
Aqasha sebagai Haiman
Tiz Zaqyah sebagai Wardah
Farahdhiya sebagai Arissa
Keith Foo sebagai Zaki
Elisha Sandha sebagai Yasmeen
Afifah Nasir sebagai Ida
Kuna Muzani sebagai Aminah
Shaharuddin Thamby sebagai Yussof
Arash Mohamad sebagai
Faez Nick sebagai Megat Adip
Rania Humaira sebagai Zara
Aidil Aziz sebagai Along
SINOPSIS MIMPI YANG SEMPURNA
Kisah cabaran seorang wanita untuk mengatasi keegoan seorang lelaki yang juga merupakan penyelia di tempat kerjanya, yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta.
Wardah bertugas sebagai pembantu kepada seorang pengurus kanan bernama Haiman. Haiman seorang duda terkenal dengan sikap panas barannya melayan pekerja-pekerjanya termasuk Wardah dengan dingin. Wardah rasa dirinya menjadi mangsa buli Haiman yang banyak memberikan tugasan untuknya hingga seringkali pulang lewat ke rumah.
Selamat menonton!


