Sinopsis Drama Kerana Aku Isteri Bidaan Lakonan Hisyam Hamid & Scha Elinnea. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Kerana Aku Isteri Bidaan’ lakonan Hisyam Hamid dan Scha Elinnea sebagai watak utama. Drama Kerana Aku Isteri Bidaan akan mula bersiaran pada 16 Mei setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Drama ini diarahkan oleh Rahim Zali di bawah terbitan Creative Skill Solution dan menampilkan beberapa pelakon lain antaranya iaitu Wanns Ahmad, Jalaluddin Hassan, Shah Khan, Jasper Supayah dan ramai lagi. Jom baca synopsis drama Kerana Aku Isteri Bidaan!

Sinopsis Drama Kerana Aku Isteri Bidaan Lakonan Hisyam Hamid & Scha Elinnea
Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Kerana Aku Isteri Bidaan termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :.
JUDUL : KERANA AKU ISTERI BIDAAN
EPISOD : 20
TARIKH : 16 Mei 2022
WAKTU SIARAN : Setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda (TV3)
PENULIS SKRIP :
PENGARAH : Rahim Zali
PRODUKSI : Creative Skill Solution
SENARAI PELAKON : Hisyam Hamid, Scha Elinnea, Wanns Ahmad, Jalaluddin Hassan, Shah Khan, Jasper Supayah, Lydiawati, Ellyas Abdullah, Nina Nadira, Syafnida Shuhaimi, Natasya Mahyan, Farid Amirul
Senarai Pelakon Drama Kerana Aku Isteri Bidaan
- Hisyam Hamid sebagai Farel Zafeeq
- Scha Elinnea sebagai Raina Badrina
- Wanns Ahmad sebagai Aznor
- Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Dato Arbain
- Esma Daniel sebagai Dato Malek
- Shah Khan sebagai Nazirol
- Jasper Supayah sebagai Nana
- Silfeny Osman – Miera
- Nina Nadira sebagai Solehah
- Natasya Mahyan sebagai Julie
- Lydiawati sebagai Juwita
- Syafnida Shuhaimi sebagai Riyanita
- Ellyas Abdullah sebagai Emad Al Faheed
- Farid Amirul sebagai Tuan Nizam
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang Raina (Scha Elinnea) yang telah memfitnah Farel (Hisyam Hamid) demi kepentingannya tanpa menyedari ia memerangkap diri sendiri sehingga tekad melarikan diri daripada suami yang baru mengahwininya. Raina salah perkiraan apabila dia diperangkap oleh kekasihnya, Aznor (Wanns Ahmad) yang menjualnya untuk dijadikan GRO.
Lagu Tema Drama Kerana Aku Isteri Bidaan
Duhai Hati – Zazo Maulana