Sinopsis Drama Diari Seorang Suami Lakonan Afieq Shazwan Dan Yuna Rahim

Sinopsis Drama Diari Seorang Suami Lakonan Afieq Shazwan Dan Yuna Rahim. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Diari Seorang Suami’ lakonan Afieq Shazwan dan Yuna Rahim sebagai watak utama. Drama Diari Seorang Suami akan mula bersiaran pada 12 November 2021 setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di slot Lestary TV3. Drama ini diarahkan oleh Johan Bahar di bawah terbitan Art Ornament Sdn Bhd dan menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Keith Foo, Sani Sudin, Fimie Don, June Lojong dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Diari Seorang Suami!

Sinopsis Drama Diari Seorang Suami Lakonan Afieq Shazwan Dan Yuna Rahim

Sinopsis Drama Diari Seorang Suami Lakonan Afieq Shazwan Dan Yuna Rahim

Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Diari Seorang Suami termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :

JUDUL : DIARI SEORANG SUAMI
EPISOD : 13
TARIKH : 12 November 2021
WAKTU SIARAN : Setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam
SIARAN TV : Slot Lestary (TV3)
PENULIS SKRIP : Azril Hamzah dan Nasir Sulaiman
PENGARAH : Johan Bahar
PRODUKSI : Art Ornament Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Afieq Shazwan, Yuna Rahim, Keith Foo, Sani Sudin, Fimie Don, June Lojong, Khal Isyaf, Kamal Ibrahim, Iqbal Mazlan

Senarai Pelakon Drama Diari Seorang Suami

  • Afieq Shazwan sebagai Hairi
  • Yuna Rahim sebagai Neesa
  • Keith Foo sebagai Azman
  • Sani Sudin
  • Fimie Don
  • June Lojong
  • Khal Isyaf

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan tentang Hairi (Afieq Shazwan) dan Neesa (Yuna Rahim) berkahwin pada usia muda walaupun tidak direstui oleh keluarga. Hairi hanya memiliki sijil SPM manakala Neesa pula bakal menduduki peperiksaan STPM. Mereka telah membuat keputusan untuk berkahwin lari dan mula menjadi gelandangan di Kuala Lumpur.

Di situ, Hairi dan Neesa terpaksa melalui pelbagai onak duri hidup dalam kalangan masyarakat gelandangan. Lebih bertambah rumit selepas Neesa disahkan mengandung.

Leave a Reply