Sinopsis Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Lakonan Aniq Suhair & Rita Nadira. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’ lakonan Aniq Suhair dan Rita Nadira sebagai watak utama. Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah akan mula bersiaran pada 9 Januari 2024 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli di bawah terbitan Zeel Production Sdn Bhd dan menampilkan beberapa pelakon lain antaranya iaitu Aidit Noh, Zamarul Hisham, Mas Anizan, Ezany Nizariff dan ramai lagi. Jom baca synopsis drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah!
Sinopsis Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Lakonan Aniq Suhair & Rita Nadira
Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis:
JUDUL : CINTA BERSEMI DI WADI SAFIYYAH
EPISOD : 28
TARIKH : 9 Januari 2024
WAKTU SIARAN : Setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia (TV3)
PENULIS SKRIP :
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Aniq Suhair, Rita Nadira, Aidit Noh, Zamarul Hisham, Mas Anizan, Ezany Nizariff, Nafiez Zaidi, Serene Claire, Azza Elite, Lydiawati, Zulkifli Ismail, Iman Aneesa, Ikhram Juhari, Natasha Azizan
Senarai Pelakon Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah
- Aniq Suhair sebagai Iqbal
- Rita Nadira sebagai Dania
- Aidit Noh sebagai Qabil
- Zamarul Hisham sebagai Safuan
- Mas Anizan sebagai Kayra
- Ezany Nizariff sebagai Hussin
- Nafiez Zaidi sebagai Ustaz Affan
- Serene Claire sebagai Julia
- Azza Elite sebagai Hajah Maryam
- Lydiawati sebagai Hajah Syafiyyah
- Zulkifli Ismail sebagai Haji Mukri
- Iman Aneesa sebagai Umairah
- Ikhram Juhari sebagai Bakri
- Natasha Azizan sebagai Sheera
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang Dania (Rita Nadira) iaitu gadis kota yang liar dan telah mengandung anak luar nikah. Akibat sikapnya, papa Dania iaitu Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.