Sinopsis Drama Cindai Lakonan Ayda Jebat & Syazuwan Hassan. Nantikan drama terbaharu berjudul Cindai yang akan bersiaran pada 23 Disember 2019 nanti di slot Samarinda TV3. Drama Cindai menampilkan gandingan hebat iaitu Ayda Jebat dan Syazuwan Hassan termasuk beberapa pelakon tambahan, Nazim Othman, Raysha Rizrose dan ramai lagi. Drama ini yang diarahkan oleh Azman Yahya akan bersiaran selama 15 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran TV3. Jom terjah synopsis drama Cindai!
Sinopsis Drama Cindai Lakonan Ayda Jebat & Syazuwan Hassan
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Cindai termasuk memaparkan senarai pelakon, synopsis dan siaran tv :
JUDUL : CINDAI
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 2019
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
IDEA ASAK : Sari Hermawati
PENULIS SKRIP : Markoto Kobota & Chinta Nadeesha
PENGARAH : Azman Yahya
PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Fatin Afeefa
Senarai Pelakon Drama Cindai
Ayda Jebat sebagai Cindai
Syazuwan Hassan sebagai Iskandar
Nazim Othman sebagai Amir
Raysha Rizrose sebagai Yasmin
Catriona Brian Ross sebagai Dato Seri Kalsom
Niezam Zaidi sebagai Haniff
Haeriyanto Hassan sebagai Rudy
Ainina Ahmad sebagai Najua
SINOPSIS
Drama Cindai mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Cindai (Ayda Jebat) yang menghidapi bipolar disorder. Dia juga seorang gelandangan kerana tidak mempunyai saudara yang boleh ditumpang. Namun disisinya sentiasa ditemani dan dijaga oleh seorang insan bernama Amir yang baik hati.
BACA JUGA : Lagu OST Drama Cindai
Selamat menonton!