Senarai Biodata Peserta Big Stage 2020 (Musim 3)

Senarai Biodata Peserta Big Stage 2020 (Musim 3). Program rancangan televisyen realiti berjudul Big Stage kembali lagi menggegarkan industri hiburan tanah air untuk musim ketiga. Program Big Stage 2020 akan mula bersiaran pada 16 Ogos 2020, setiap hari Ahad jam 9:00 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Pada tahun ini, terdapat kelainan untuk edisi kali ini kerana tiada peserta yang membabitkan dari luar negara akibat penularan wabak COVID-19. Musim lalu, gelaran juara Big Stage disandang oleh Han Byul yang berasal dari Korea Selatan.

Senarai Biodata Peserta Big Stage 2020 (Musim 3)

Big Stage merupakan sebuah program pertandingan nyanyian berbentuk realiti dari Astro yang menampilkan penyanyi bakat muda yang kini popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up (BBNU)’ & ‘Dominasi BBNU’ dalam kalangan penyanyi tempatan mahupun antarabangsa. Musim ini, seramai 12 bintang BBNU yang terdiri daripada 8 bintang lelaki dan 4 bintang wanita akan berentap di pentas utama Big Stage yang berlangsung selama 8 minggu. Peserta lelaki terdiri daripada Usop, Azzam Sham, Qody Rani, Hafiz Zainal, Amir Hasan, Yamani Abdillah, Fadh Majid dan Dinie Rashid. Manakala peserta perempuan pula ialah Nanasheme, Farisha Irish, Hanie Soraya dan Sandra Dianne.

Senarai Biodata Peserta Big Stage 2020 (Musim 3)

Berikut dikongsikan maklumat tentang Program Big Stage Musim Ketiga termasuk memaparkan peserta yang bertanding dalam program ini :

Program Big Stage 2020
Hari : Ahad
Masa : Jam 9.00 malam
Lokasi : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Saluran TV : Astro Ria dan Astro Ria HD
Hos : Alif Satar dan Sherry Al Hadad
Juri : Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai

Format Pertandingan Big Stage 2020

Seramai 12 peserta BBNU akan beraksi di atas pentas selama 8 minggu dengan diadili oleh juri tetap yang terdiri daripada Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai.

Sementara, seorang juri jemputan juga akan diundang setiap minggu untuk menyertai juri tetap.

Biodata Peserta Big Stage 2020

A. Lelaki

  • Osama Yamani Bin Jamal Ubaidillah, 19, dari Ipoh, Perak, (Yamani Abdillah)
  • Muhammad Azzamuddin Bin Lop Hisham, 23, dari Kuala Lumpur, (Azzam Sham)
  • Muhammad Saiful Naim Bin Muhammad Noor, 23, dari Kulim, Kedah, (Usop)
  • Amir Abu Hasan, 24, dari Kuala Lumpur, (Amir Hasan)
  • Rossaidi Bin Abdul Rani, 26, dari Langkawi, Kedah, (Qody Rani)
  • Muhd Fadhlullah Bin Abd Majid, 27, dari Melaka, (Fadh Majid)
  • Muhammad Hafiz Bin Zainal, 28, dari Johor Bahru, Johor, (Hafiz Zainal)
  • Muhammad Dinie Bin Abdul Rashid, 28, dari Pulau Pinang, (Dinie Rashid)
Senarai Biodata Peserta Big Stage 2020 (Musim 3)

B. Wanita

  • Farisha Binti Asmadi, 21, dari Selangor, (Farisha Irish)
  • Nur Nabilah Hashimi, 25, dari Kuching, Sarawak, (Nanasheme)
  • Hanie Soraya Binti Taha, 26, dari Kuala Lumpur, (Hanie Soraya)
  • Alessandra Dianne Ampuria, 26, dari Sabah, (Sandra Dianne)

Sumber : Gempak

Leave a Reply