Semakan Keputusan Sekolah Sukan Malaysia 2022 Online (Tawaran Kemasukan). Bilakah tarikh semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia sesi 2021? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia tahun 2021. Untuk makluman, pemohon boleh semak keputusan tawaran kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia sesi 2021 secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi https://spassm.moe.gov.my. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia.
Semakan Keputusan Sekolah Sukan Malaysia 2022 Online (Tawaran Kemasukan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan tawaran Sekolah Sukan Malaysia (SSM) termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :
Sekolah Sukan Malaysia adalah merupakan sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi, mengembangkan bakat dan memupuk mereka untuk seimbangkan dalam bidang sukan dan akademik. Kini terdapat empat (4) buah Sekolah Sukan di seluruh Malaysia iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil, Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah. Pengambilan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu untuk ambilan Januari dan ambilan Julai.
Cara Semak Tawaran Kemasukan Sekolah Sukan Malaysia Januari 2021
Keputusan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ambilan 2021 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web KPM atau melalui Sekolah Sukan Malaysia yang berhampiran. Surat tawaran akan dihantar terus ke sekolah asal pemohon.
1. Untuk semakan sila layari ke laman web https://spassm.moe.gov.my/semakan_tawaranssm.cfm
2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik ‘SEMAK’.
3. Dipaparkan keputusan anda sama ada layak dapat tawaran atau pun tidak.
Nota : Keputusan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia akan diumumkan selewat-lewatnya dalam minggu pertama bulan Disember bagi ambilan Januari dan minggu ketiga bulan Jun bagi pengambilan Julai.
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi KPM www.moe.gov.my.
Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia ambilan 2022.