Semakan Bil Astro 2022 Secara Online dan SMS (myAstro). Nak semak bil Astro dengan mudah? Panduan buat pengguna yang ingin menyemak bil astro tahun 2022. Pasti sebelum ini anda pernah terlambat bayar bil Astro sehinggakan Astro telah dipotong. Kini, tak perlu pening-pening lagi tunggu surat bil Astro, anda boleh membuat semakan bil astro melalui secara online atau menerusi SMS dan juga aplikasi myAstro.

Semakan Bil Astro 2022 Secara Online dan SMS
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan bil Astro menerusi online dan SMS :
Apa Itu Astro?
Astro adalah merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar di Malaysia. Ianya menawarkan pelbagai saluran dalam televisyen termasuk radio yang merangkumi siaran hiburan, sukan, filem dan lain-lain lagi.
Cara Semak Bil Astro
A. Secara Online Melalui Portal Layan Diri Astro Self-Service
1. Untuk mengakses akaun secara online anda perlu daftar Astro Self-Service Portal. Anda boleh buka laman web https://www.astro.com.my/
2. Klik pada butang ‘My Account’ dan log masuk sekiranya anda sudah memiliki Astro ID.
3. Bagi tiada akaun lagi klik register untuk pendaftaran akaun.
4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
5. Log semula sekiranya sudah pendaftaran.
6. Klik ‘Bill and Payment’ atau ‘View Bill’ pada paparan muka utama akaun anda.
B. Secara SMS
A. Semakan secara SMS dengan menggunakan No akaun Astro
Taip : ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC<jarak>AC NO dan hantar SMS ke 33310
B. Semakan secara SMS dengan menggunakan No IC pemilik akaun astro
Taip : ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC<jarak>IC NO dan hantar SMS ke 33310
C. Secara e-Billing Astro
Bagi anda yang nak menggunakan e-Billing Astro hendaklah daftar atau log masuk ke portal layan diri Astro https://www.astro.com.my/ebilling
Pilih pada Bil dan klik pada butang ‘e-Billing Pendaftaran’.
D. Menerusi Aplikasi myAstro
Selain online dan SMS, anda juga boleh buat pembayaran bil Astro melalui aplikasi myAstro. Muat turun aplikasi myAstro di platform Google Play (Android) dan App Store (iOS).
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi Astro atau hubungi di talian +603 9543 3838.


