Permohonan UPUOnline 2022/2023 Ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA

Permohonan UPUOnline 2022/2023 Ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA. Nak buat permohonan UPU sesi 2021/2022 bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/Setaraf? Panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2021/2022. Untuk makluman, permohonan UPUOnline telah dibuka bermula daripada 4 Januari 2021 sehingga tarikh tutup pada 31 Mac 2021. Sebelum permohonan online, calon hendaklah membeli nombor pin UPU di cawangan Bank Simpanan Nasional.

Permohonan UPUOnline 2022/2023 Ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA

Permohonan UPUOnline 2022/2023 Ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA

Berikut dikongsikan adalah maklumat  tentang permohonan UPU sesi akademik 2021/2022 kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA termasuk memaparkan kategori kelayakan, tarikh beli UPU dan cara memohon :

Kategori Permohonan UPU 2021/2022

Lepasan SPM

Kategori A : Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa sahaja.

Kategori B : pemohon yang menggunakan keputusan SPM bukan tahun semasa iaitu SPM 2018 dan SPM 2019

Lepasan STPM/ Setaraf

KATEGORI A,S – STPM (Kategori A, S) Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:

  • Kategori A : Aliran Sastera
  • Kategori S : Aliran Sains

KATEGORI N, P, U, L, K, J – Pelajar Matrikulasi KPM/ Asasi PASUM/ ASASIpintar UKM / Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:

  • Kategori N : Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi PASUM, Asasi pintar UKM dan Asasi UiTM.
  • Kategori P : Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
  • Kategori U : Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
  • Kategori L : Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
  • Kategori K : Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
  • Kategori J : Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM

KATEGORI T – Calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM):

  • STAM Tahun 2019
  • STAM Tahun 2020

KATEGORI E – DKM / DLKMK / DVM / DIPLOMA IPTS / LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN :

  • Diploma Kemahiran Awam (DKM)
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
  • Diploma Vokasional Malaysia
  • Diploma IPTS/ Luar negara / Lain-lain Kelayakan

KATEGORI F – Kelayakan Setaraf :

  • A Level
  • International Baccalaureate Diploma (IBD)
  • Sekolah Sukan (SSBJ/SSTMI/SSMP)
  • STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
  • Matrikulasi KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
  • STAM (Dua (2) Tahun Sebelum Tahun Semasa)
  • AUSMAT/ SAM / ADFP
  • Asasi IPTS

KATEGORI G – Diploma (Universiti Awam/Politeknik):

  • Diploma Universiti Awam
  • Diploma Politeknik

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan Universiti Awam

Tarikh Beli No Pin UPU 2021/2022

Pembelian nombor pin UPU sesi akademik 2021/22 boleh dibuat bermula pada 4 Januari hingga 31 Mac 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Harga seunit unik ID UPUOnline adalah sebanyak RM15.60.

Cara Permohonan UPU 2021/2022 Online

Calon boleh buat permohonan UPU secara online menerusi laman web rasmi https://upu.mohe.gov.my/. Permohonan ini dibuka bermula pada 4 Januari sehingga 31 Mac 2021.

Nota Penting : Sila pastikan anda membuat cetakan slip permohonan UPU dan menyimpan sebagai bukti untuk masa diperlukannya.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang UPU, sila hubungi no. Hotline UPU 0 3-88708820 atau layari ke laman FB UPU Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.

BACA JUGA : Soalan Lazim Permohonan UPU (FAQ) Kemasukan UA

Leave a Reply