Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2018

Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2018 | Adakah anda pemohon kemasukan Tingkatan Enam tahun 2018? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin membuat permohonan rayuan Tingkatan 6 tahun 2018. Untuk makluman, keputusan tawaran Tingkatan 6 sesi 2018/2019 akan diumumkan pada hari Isnin, 16 April 2018. Bagi pelajar yang gagal permohonan akan diberikan tawaran kali kedua, dimana anda perlu membuat Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2018 yang akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2018

Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2018

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan rayuan tawaran Tingkatan 6 2018 termasuk panduan mengisi dan aplikasi rayuan :

Panduan Mengisi Borang Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2018

Terdapat tiga kategori borang rayuan tingkatan 6 yang perlu diisi dengan lengkap dan muat turun borang seperti di bawah ;

A. Borang T6BKK

1. Borang T6BKK ini adalah untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Tahun 2017 kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK).

2. Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

i. Keputusan peperiksaan SPM 2016;

ii. Sijil kelahiran;

iii. Kad pengenalan/pasport;

iv. Sijil Berhenti Sekolah; dan

v. Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.

3. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Pengetua sekolah asal. Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.

4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mei 2017. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

5. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Lulus dalam peperiksaan SPM 2017 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;

ii. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain;

iii. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am; dan

iv. Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik

6. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.

7. Semakan keputusan rayuan boleh dibuat menerusi portal www.moe.gov.my bermula 13 Jun 2017.

8. Murid hendaklah melapor diri mulai 19 Jun 2017 dan selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari bekerja. Sekiranya calon tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan, calon dianggap sebagai menolak tawaran.

9. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

B. Borang T6BRU

1. Borang T6BRU ini adalah untuk murid membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Tahun 2017 kecuali Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

2. Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

i. Keputusan peperiksaan SPM 2016;

ii. Sijil kelahiran;

iii. Kad pengenalan/ pasport;

iv. Sijil Berhenti Sekolah; dan

v. Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.

3. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Pengetua sekolah asal. Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Bahagian (kecuali sekolah menengah harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.

4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mei 2017. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

5. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Lulus dalam peperiksaan SPM 2016 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan;

ii. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain, kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK).

iii. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am; dan

iv. Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik.

6. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.

7. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada semua calon mulai 16 Jun 2017.

8. Murid hendaklah melapor diri mulai 19 Jun 2017 dan selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari bekerja. Sekiranya calon tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan, calon dianggap sebagai menolak tawaran.

9. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

C. Borang T6BCP

1. Borang T6BCP ini adalah untuk CALON PERSENDIRIAN, SEKOLAH SWASTA & SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI yang memohon memasuki Tingkatan Enam Tahun 2017 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan.

2. Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

i. Keputusan peperiksaan SPM 2016;

ii. Sijil kelahiran;

iii. Kad pengenalan/ pasport;

iv. Sijil Berhenti Sekolah; dan

v. Sijil-sijil persekolahan menengah.

3. Borang ini hendaklah dikembalikan ke Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah yang berkenaan.

4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mei 2017. Permohonan yang lewat tidakakan dipertimbangkan.

5. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Lulus dalam peperiksaan SPM 2016 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan;

ii. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain; dan

iii. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am.

6. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar dan rekod disiplin yang baik.

7. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah kepada semua calon.

8. Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Selamat membuat Permohonan Rayuan Tingkatan 6 tahun 2018. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan Tingkatan 6.

Leave a Reply