Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2022 Online

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2022 Online. Adakah anda pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Awam? Berita baik buat anda khususnya pelajar Ijazah Sarjana Muda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau biasiswa pendidikan. Untuk makluman, bagi pelajar yang memenuhi syarat kelayakan anda boleh membuat permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) tahun 2022 secara online di portal rasmi BTAR. Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman akan dibuka bermula daripada 1 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018.

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2022

Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda sama ada IPTA mahupun IPTS dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2022 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang biasiswa Tunku Abdul Rahman termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi online :

○ Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2022 Online

SYARAT PERMOHONAN BIASISWA BTAR 2018

Antara syarat permohonan biasiswa Tunku Abdul Rahman adalah seperti berikut :

A. Syarat Asas

(i) Warganegara Malaysia.

(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

B. Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum

(i) Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* yang mencapai PNGK 3.50 dan ke atas .

(ii) Permohonan juga dibuka kepada bakal graduan yang sedang dalam pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan yang (jika) berjaya mencapai minimum PNGK 3.50 dan tahun pengajiannya masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.

(iii) Kepujian tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

(iv) Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau universiti.

Info :

* pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.

(c) Syarat Tambahan

Pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki mengikuti program Pemerhatian Ciri Kepimpinan dan hadir pada sesi Temuduga Pemilihan yang di aturkan oleh pihak YTAR.

KADAR BIASISWA

Kadar biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa.

PENARAFAN PENERIMA BTAR

Bagi mengekalkan taraf prestij dan eksklusif biasiswa ini, mana-mana Tunku Scholar yang gagal mengekalkan pencapaian PNGK 3.50 ke atas boleh dikenakan penalti seperti turun taraf kepada skim Dermasiswa Tunku Abdul Rahman (DTAR) atau Pemberian Pengajian Tunku Abdul Rahman (PPTAR), atau ditamatkan pemberian dan gelaran ‘Tunku Scholar’ dilucutkan.

Cara Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2018 Online

Berikut adalah panduan memohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2018 secara online :

1. Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman.

2. Hanya pemohon yang telah mengikuti Program Pemerhatian Ciri Kepimpinan sahaja akan dipanggil untuk temuduga pemilihan.

3. Pemohon yang gagal adalah mereka yang tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan.

4. Tarikh mula permohonan pada 1 Mac 2018 dan tarikh tutup pada 31 Mac 2018.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Scholarship di Malaysia 2022

Semoga pemohon berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini untuk menampung perbelanjaan pengajian anda.

Leave a Reply