Borang Pendaftaran Skim Latihan 1Malaysia SL1M 2018 Online

Borang Pendaftaran Skim Latihan 1Malaysia SL1M 2018 Online | Adakah anda para graduan yang berminat untuk menyertai program SL1M tahun 2018? Berita baik buat anda khususnya graduan yang sukar mencari kerja kosong, dimana kerajaan telah menyediakan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2018. Untuk makluman, program SL1M adalah satu program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran atau keupayaan graduan mendapat pekerjaan yang disertai oleh 49 syarikat GLC dan swasta. Antara syarikat yang terlibat ialah Khazanah, KWSP, CIMB, MAYBANK, Tabung Haji, PNB, MAS dan MBSB.

Borang Pendaftaran Skim Latihan 1Malaysia SL1M 2018 Online

Bagi graduan yang memenuhi kriteria dan lulus temuduga SL1M 2018 akan diberi peluang sebagai pekerja tetap setelah melalui latihan industri dalam tempoh maksimum 12 bulan. Kos elaun SL1M yang disediakan adalah minimum RM 1,000 sebulan dalam tempoh latihan tersebut.

Borang Pendaftaran Skim Latihan 1Malaysia SL1M 2018 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang cara permohonan SL1M termasuk syarat penyertaan SL1M dan aplikasi online :

Apa itu SL1M?

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah dilancarkan sejak pada tahun 2011 adalah satu program kebolehpasaran yang bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills Training dan On-The-Job Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan diberi pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar. Jangka masa bagi latihan adalah bergantung kepada keperluan pihak syarikat yang melatih namun tempoh maksimum adalah selama 12 bulan.

Cara Permohonan SL1M Skim Latihan 1Malaysia 2018

1. Bagi yang ingin mendaftar SL1M, anda perlu mengisi maklumat dengan lengkap dengan isi Borang Permohonan SL1M 2018.

2. Setelah siap isi maklumat, anda perlu tick pada kotak yang disediakan sebagai pengesahan.

3. Kemudian, klik pada butang ‘HANTAR’.

Syarat Penyertaan SL1M Skim Latihan 1Malaysia

1. Warganegara Malaysia.

2. Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda.

3. Lepasan Institut Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

4. Tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima ijazah atau selepas menerima transkrip peperiksaan.

Sebarang pertanyaan dan keterangn lanjut, sila hubungi di :

Unit Perancang Ekonomi,

Jabatan Perdana Menteri

Kompleks B, Blok B5, Aras 2,

62502 Putrajaya Malaysia

No. Tel:

03-88723376/5336/3393/3387 (Syarikat & Tender) 03-88723351/3379 (Umum)

Email: sl1m@epu.gov.my

Selamat membuat pendaftaran program SL1M dan temuduga tahun 2018! Semoga anda berjaya mendapat pekerjaan.

Leave a Reply