Pendaftaran Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak 2020 Online (Carseat). Berita baik buat rakyat Malaysia yang hendak dapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak. Untuk makluman, BMW Malaysia dengan kerjasama Childline Foundation telah menawarkan program subsidi bagi kerusi kereta khas untuk kanak-kanak dengan harga serendah RM100 sahaja. Hal ini sejajar dengan penguatkuasaan Kementerian Pengangkutan Malaysia yang mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) bermula Januari 2020. Ibu bapa boleh buat pendaftaran bermula 2 Disember sehingga 15 Disember 2019 untuk mendapatkan subsidi kerusi khas kanak-kanak melalui online http://www.safensound.com.my.

Pendaftaran Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak 2020 Online (Carseat)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : 2 Disember – 15 Disember 2019
Syarat Kelayakan Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak
a. Program Subsidi ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas.
b. Penerima kerusi keselamatan kanak-kanak mestilah merupakan bakal ibu bapa atau mempunyai kanak-kanak yang berat tidak lebih daripada 13kg.
c. Penerima kerusi keselamatan kanak-kanak mestilah dari isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.
d. Hanya satu penyertaan setiap keluarga – penyertaan secara pukal tidak akan diterima.
e. 150 orang penerima Program Subsidi akan dipilih selepas pendaftaran ditutup dan akan dimaklumkan melalui e-mel.
f. Pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi hendaklah dilakukan sebelum pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.
g. Penerima akan dimaklumkan mengenai tarikh pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.
h. Kerusi keselamatan kanak-kanak hendaklah diambil di pejabat Safe ‘n Sound: 5 & 7, Jalan Jurunilai U1/20, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.
i. Bukti pembayaran dan kad pengenalan hendaklah disertakan bersama semasa pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.
j. Kerusi keselamatan kanak-kanak tidak boleh dijual semula atau diberi kepada orang lain. Ia hanya boleh diambil dengan menggunakan kad pengenalan penerima sahaja.
k. Sekiranya penerima tidak dapat mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak di tempat yang ditetapkan, Safe ‘n Sound akan menyediakan perkhidmatan penghantaran. Sila maklumkan melalui e-mel setelah penerima menerima e-mel pengesahan.
Cara Pendaftaran Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Online
1) Isi Borang
Untuk permohonan sila layari ke laman web http://www.safensound.com.my. Lengkapkan borang pendaftaran untuk memohon kerusi keselamatan kanak-kanak yang bersubsidi.
2) Terima E-mel Pengesahan
Hanya 150 orang yang terpilih sahaja akan menerima kerusi keselamatan kanak-kanak menerusi pengesahan daripada e-mel.
3) Bayar & Ambil
Bagi anda yang terpilih boleh membuat pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak. Lokasi yang boleh diterima di pusat khidmat pelanggan Safe’n Sound di Glenmarie, Shah Alam.
Nota: Penerima perlu membawa bersama bukti pembayaran dan kad pengenalan, semasa mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak baru anda.
Selamat menjaga keselamatan kanak-kanak anda di atas jalan raya.
Sumber : https://www.safensound.com.my/pages/program-subsidi-kerusi-keselamatan-kanak-kanak


