Panduan Solat Sunat Tahajud dan Kelebihannya

Panduan Solat Sunat Tahajud dan Kelebihannya | Bagaimana cara Solat Sunat Tahajud yang sempurna? Panduan buat anda khususnya para mukmin yang ingin menunaikan Solat Sunat Tahajud dan bacaan doa. Solat Sunat Tahajjud adalah solat sunat yang dikerjakan apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya masa paling afdhal dilakukan pada waktu satu pertiga malam (iaitu daripada pukul 3 pagi sehingga masuk waktu Subuh).

Panduan Solat Sunat Tahajud dan Kelebihannya

Sembahyang ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian mengikut kemampuan masing-masing. Malah ianya juga boleh dilaksanakan dengan hanya satu rakaat solat sunat witir.

Panduan Solat Sunat Tahajud dan Kelebihannya

Berikut dikongsikan adalah cara panduan Solat Sunat Tahajud yang betul termasuk doa bacaan :

Fadhilat/ Kelebihan Solat Sunat Tahajud

i. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.

ii. Doa dimakbulkan dan ditinggikan darjat bagi mereka yang solat sunat Tahajjud.

iii. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang mukmin.

iv. Memperolehi ketenangan jiwa dan membentuk keperibadian yang mulia.

v. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.

vi. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.

vii. Dimudahkan hisab bagi si pelakunya.

viii. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.

Panduan Solat Sunat Tahajud, Niat dan Bacaan Doa

1. Lafaz Niat

Panduan Solat Sunat Tahajud dan Kelebihannya

Maksudnya – “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.”

 2. Bacaan:

○ Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.

○ Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.

3. Selepas salam hendaklah membaca doa ini.

○ Doa Ringkas

Panduan Solat Sunat Tahajud dan Kelebihannya

“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkan kami daripada seksaan api neraka.”

○ Doa Solat Sunat Tahajud

 Panduan Solat Sunat Tahajud dan Kelebihannya

Berikut doa yang paling afdhal untuk solat sunat Tahajjud bagi para mukmin :

Maksud Doa Solat Sunat Tahajjud

“Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.”

BACA JUGA : Panduan Solat Sunat Hajat dan Bacaan Doa

Semoga perkongsian tentang panduan Solat Sunat Tahajud ini dapat dijadikan rujukan kepada anda semua.

Leave a Reply