Panduan Pos Barang Ke Domestik dan Antarabangsa Dengan Mudah

Panduan Pos Barang Ke Domestik dan Antarabangsa Dengan Mudah | Adakah anda penjual atau perniagaan online yang ingin membuat penghantaran ke domestik atau luar negara? Bagaimana cara penghantaran barang ke domestik atau antarabangsa dengan lebih mudah dan berpatutan? Kini anda boleh dapatkan Flexipack Domestik dan Flexipack International untuk penghantaran lebih mudah dengan harga menarik ke domestik atau luar negara. Berikut dikongsikan adalah panduan pos barang ke domestik dan antarabangsa dengan menggunakan FlexiPack.

Panduan Pos Barang Ke Domestik dan Antarabangsa Dengan Mudah

Panduan Pos Barang Ke Domestik dan Antarabangsa Dengan Mudah

Berikut adalah maklumat tentang cara pos barang ke domestik atau antarabangsa dengan menggunakan FlexiPack seperti :

○ Senarai Harga Kotak Dan Sampul Prabayar Pos Laju & Pos Ekspres

Cara Pos Barang Menggunakan FlexiPack Domestik

Pilihan terbaik bagi anda untuk kegunaan peribadi, bisnes atau perniagaan internet dimana kini anda boleh menggunakan FlexiPack Domestik untuk penghantaran ke dalam negara dengan harga lebih murah dan berpatutan. Terdapat 2 jenis FlexiPack Domestik untuk penghantaran domestik di seluruh Malaysia dengan sampul berwarna kuning dan biru.

A. FlexiPack Domestik Berwarna Kuning

Bagi sampul berwarna kuning adalah pengeposan barang yang menggunakan kurier lori untuk penghantaran dari Semenanjung Malaysia ke Semenanjung Malaysia, Sarawak ke Sarawak dan Sabah ke Sabah. Pek ini diperolehi dengan dua saiz dengan had berat barang dalam 1kg (RM4.50) dan 2kg (RM5.50).

B. FlexiPack Domestik Berwarna Biru

Bagi sampul berwarna biru adalah pengeposan barang yang menggunakan kurier kapal terbang untuk penghantaran dari Semenanjung Malaysia ke Sabah/ Sarawak, Sabah/ Sarawak ke Semenanjung Malaysia, Sabah ke Sarawak dan Sarawak ke Sabah. Pek ini turut diperolehi dengan dua saiz dengan had berat barang dalam 1kg (RM6.00) dan 2kg (RM10.00).

Panduan Pos Barang Ke Domestik dan Antarabangsa Dengan Mudah

Kelebihan FlexiPack Domestik

● Prabayar

● Kaedah Pembungkusan Fleksibel

● Pulangan Lebih Nilai

● Penghantaran ke semua lokasi di seluruh negara

● Jejak & Kesan Melalui Laman Sesawang

Cara Penggunaan FlexiPack Domestik

1. Dapatkan FlexiPack prabayar di cawangan Pos Malaysia.

2. Bungkus dan isikan maklumat yang berkenaan.

3. Serahkan FlexiPack di cawangan Pos Malaysia berhampiran anda.

4. FlexiPack dikirim ke destinasi penerima.

5. Serahan FlexiPack kepada penerima.

Cara Pos Barang Menggunakan FlexiPack Internasional/ Antarabangsa

Bagi anda perniagaan online atau menghantar pakej kepada keluarga dan rakan-rakan di luar negara? Kini anda boleh dapatkan Flexipack International untuk penghantaran lebih mudah dengan harga menarik ke luar negara. Anda hanya perlu membeli kotak atau sampul prabayar Flexipack International, masukkan barangan anda dan poskan ke dalam peti surat atau mana-mana cawangan pejabat pos.

Dengan adanya FlexiPack Internasional ini anda boleh mengepos barang dengan had berat maksimum (2kg) ke negara Eropah atau Amerika Latin dengan hanya harga serendah RM78. Harga ini adalah jauh lebih murah berbanding menggunakan penghantaran FEDEX atau DHL.

A. FlexiPack Internasional Berwarna Magenta

Untuk FlexiPack Internasional Berwarna Magenta adalah digunakan untuk penghantaran ke luar negara yang hanya meliputi sekitar negara rantau Asia Tenggara seperti negara Indonesia, Vietnam, Thailand, Singapura dan sebagainya. Pek ini diperolehi dengan lima (5) saiz dengan berat barang bermula dari 150g (RM6) hingga 2kg (RM50).

B. FlexiPack Internasional Berwarna Biru

Untuk FlexiPack Internasional Berwarna Biru adalah digunakan untuk penghantaran ke luar negara selain Asia Tenggara misalnya benua Eropah, Asia, Timur Tengah, Amerika Latin dan Amerika Selatan termasuk benua Afrika. Pek ini diperolehi dengan lima (5) saiz dengan berat barang bermula dari 150g (RM8) hingga 2kg (RM78).

Panduan Pos Barang Ke Domestik dan Antarabangsa Dengan Mudah

Kelebihan FlexiPack Internasional 

● Penghantaran ke lebih 200 destinasi antarabangsa

● Penghantaran terus ke alamat penerima

● Cara pembungkusan yang mudah

● Lebih nilai untuk wang anda

Perkhidmatan Tambahan

● Jejak dan kesan secara online (dengan pembelian label Pos Daftar).

● Tambahan perkhidmatan insuran untuk item Pos Daftar adalah tertakluk kepada liputan insuran negara destinasi.

Cara Penggunaan Flexipack International

1. Beli Flexipack International di cawangan Pos Malaysia atau Poslaju.

2. Masukkan barangan anda dan isi maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan.

3. Poskan Flexipack International anda ke dalam peti surat atau cawangan Pos Malaysia berdekatan.

4. Flexipack International anda dalam perjalanan ke destinasi.

5. Flexipack International diserahkan kepada penerima

Nota tambahan :

◎ Haiwan, tumbuhan, makanan dan minuman yang tidak dibenarkan oleh negara destinasi.

◎ Barang berharga dan dokumen penting seperti wang tunai, kad kredit, cek kembara, passport, sijil kelahiran, barang kemas diperbuat daripada emas, platinum dan perak, batu permata berharga.

◎ Barang letupan, radioaktif, aerosol, bahan-bahan menghakis, mudah terbakar dan merbahaya.

◎ Barangan lucah.

◎ Barangan narkotik atau ubat-ubatan samada dalam bentuk pil, kapsul, serbuk atau cecair yang tidak dibenarkan oleh negara destinasi.

Semoga perkongsian ini mengenai Panduan Pos Barang Ke Domestik dan Antarabangsa dapat dijadikan rujukan kepada anda.

Leave a Reply