Live Streaming Gema Gegar Vaganza 2018 Musim 2

Live Streaming Gema Gegar Vaganza 2018 Musim 2 | Siapakah peserta Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua tahun 2018? Rancangan program realiti popular Astro iaitu Gema Gegar Vaganza akan mula menemui penonton bermula 31 Mac 2018 bertempat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Program Gema Gegar Vaganza 2018 kali ini akan menampilkan 11 peserta yang terdiri dari solo dan kumpulan dan masih mengekalkan format yang sama iaitu mengangkat lagu ketuhanan.

Live Streaming Gema Gegar Vaganza 2018 Musim 2

Gema Gegar Vaganza (GGV2) akan ditayangkan secara siaran langsung selama tujuh minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan akan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis dan Maya HD pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam. Juara Gema Gegar Vaganza 2018 musim 2 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi. Dari segi permarkahan, barisan peserta akan diadili sepenuhnya oleh dua juri tetap iaitu Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi serta juri jemputan setiap minggu.

Live Streaming Gema Gegar Vaganza 2018 (GGV2)

Tarikh : Setiap Sabtu mulai 31 Mac 2018

Masa : 9.00 malam

Tempat : Dewan Sri Putra, Bukit Jalil

Siaran TV : Astro Oasis

Live Streaming : akan dikemaskini

Senarai Peserta Gema Gegar Vaganza 2018

Berikut adalah 11 peserta yang bakal beraksi dalam program Gema Gegar Vaganza musim 2 tahun 2018 :

Kumpulan

○ Brothers

○ Devotees

○ Mestica

○ InTeam

○ Heliza & Hazwani

○ Rabithah

Solo

○ Fitri Haris

○ Adeep Nahar

○ Awi Rafael

○ Ippo Hafiz

○ Farah Asyikin

Hadiah Gema Gegar Vaganza 2018

RM100,000 – JUARA

RM30,000 – NAIB JUARA

RM20,000 – KETIGA

RM15,000 – KEEMPAT

RM10,000 – KELIMA

RM5,000 – KEENAM

Baca Juga : Live Streaming Anugerah Meletop Era 2018 (AME) Online

Siapakah peserta pilihan anda dalam program Gema Gegar Vaganza musim kedua 2018? Selamat menonton siaran langsung Gema Gegar Vaganza menerusi saluran Astro Oasis atau secara streaming online.

Leave a Reply