Liga Super Malaysia 2018 : Jadual Perlawanan, Keputusan & Carta Kedudukan

Liga Super Malaysia 2018 : Jadual Perlawanan, Keputusan & Carta Kedudukan | Bilakah jadual Liga Super Malaysia 2018? Musim 2018 bakal bermula pada 3 Februari 2018 ini dimana pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) telah mengumumkan jadual rasmi perlawanan Liga Malaysia 2018 yang membabitkan Liga Super dan Liga Perdana 2018. Untuk makluman, perancangan jadual ini telah diambilkira daripada pelbagai sudut mengikut jadual-jadual pertandingan antarabangsa iaitu AFC Cup 2018, AFC Champions League 2018, Piala AFF Suzuki 2018, SUKMA 2018 dan Kalendar FIFA 2018.

Liga Super Malaysia 2018 : Jadual Perlawanan, Keputusan & Carta Kedudukan

Buat peminat bolasepak tanah air, anda boleh rujuk jadual perlawanan Liga Super 2018 membabitkan pasukan kegemaran masing-masing. Mampukah JDT mengekalkan status sebagai penyadang juara Liga Super 2017? Berikut dikongsikan adalah jadual perlawanan, keputusan dan carta kedudukan Liga Super 2018.

Liga Super Malaysia 2018 : Jadual Perlawanan, Keputusan & Carta Kedudukan

Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2018 termasuk keputusan dan carta kedudukan :

○ Jadual Siaran Langsung Liga Super 2018

○ Senarai Rasmi Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2018

Jadual Perlawanan dan Keputusan Liga Super 2018

Carta Kedudukan Liga Super 2018

JADUAL LIGA MALAYSIA 2018

Liga Super Malaysia 2018 : Jadual Perlawanan, Keputusan & Carta Kedudukan

Liga Super Malaysia 2018 : Jadual Perlawanan, Keputusan & Carta Kedudukan

Liga Super Malaysia 2018 : Jadual Perlawanan, Keputusan & Carta Kedudukan

Selain itu, ada beberapa perkara utama juga diambil kira dalam penjadualan musim 2018 ini;

1. FORMAT DAN TEMPOH LIGA

22 jumlah perlawanan bagi setiap pasukan (11 perlawanan sebagai tuan rumah manakala 11 perlawanan sebagai pasukan pelawat) dari Februari 2018 sehingga Julai 2018. Liga akan terus berjalan 4 minggu semasa bulan Ramadhan 2018.

2. TEMPOH PERJALANAN DAN REHAT PASUKAN

Setiap pasukan memperolehi sekurang-kurangnya 2 hari perjalanan dan rehat di antara setiap perlawanan manakala bagi pasukan yang bermain dalam Kelayakan AFC Champions League / AFC Cup 2018 (Johor Darul Ta’zim & Selangor -sekiranya layak), kedua-dua pasukan akan menerima sekurang-kurangnya 2 hingga 3 hari perjalanan dan rehat.

3. BERMAIN SEBAGAI PASUKAN TUAN RUMAH / PELAWAT

Terdapat pasukan yang bermain sebagai pasukan tuan rumah / pelawat tidak melebihi 2 perlawanan berturut-turut. Walau bagaimanapun sekiranya pasukan tersebut layak bermain di Piala FA, pasukan berkenaan berkemungkinan akan bermain 3 perlawanan berturut-turut sebagai pasukan tuan rumah / pelawat. (Tertakluk kepada keputusan undian Piala FA)

4. FIFA DAYS, FIFA WORLD CUP 2018, SUKAN ASIA 2018 dan SUKMA 2018

Liga hanya akan berehat semasa tarikh-tarikh FIFA DAYS, manakala semasa FIFA World Cup 2018 (kecuali perlawanan akhir), Sukan Asia 2018 dan SUKMA 2018 berlangsung, liga, Piala FA dan TM Piala Malaysia tetap akan diteruskan.

5. VENUE BAHARU DAN PERKONGSIAN VENUE

Satu venue baharu bakal digunakan untuk musim 2018 iaitu Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras (Pasukan Kuala Lumpur)

Berikut senarai pasukan yang berkongsi venue untuk musim 2018;

a. Stadium Shah Alam (Pasukan PKNS FC dan Felcra FC)

b. Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. (Pasukan Kuala Lumpur dan PDRM – TBC)

c. Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. (Terengganu FC & Terengganu FC II)

d. Stadium Majlis Perbandaran Selayang (Kuantan FA – TBC & UKM FC – TBC)

Stadium Perak akan ditutup sehingga akhir bulan Mac 2018 untuk proses penyelengaraan dan baikpulih. Pasukan Perak akan bermain di Stadium TLDM, Lumut bagi 2 perlawanan pertama.

Pasukan Selangor (akan membuat pengesahan venue dalam masa terdekat), PDRM, Kuantan FA dan UKM FC sehingga kini masih belum membuat pengesahan venue tuan rumah.

6. SIARAN LANGSUNG OLEH PENYIAR RASMI

Terdapat perlawanan Liga Super / Liga Premier telah dijadualkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu atau Ahad (perlawanan hujung minggu) serta Isnin, Selasa, Rabu atau Khamis (perlawanan pertengahan minggu). Ini bagi membolehkan pemilihan siaran langsung bagi beberapa perlawanan dibuat secara seimbang oleh penyiar rasmi liga.

7. Edaran pertama ini merupakan Jadual Liga Super dan Liga Premier Fasa I (LS1/LP1 – LS12/LP12). Manakala Jadual Liga Super dan Liga Premier Fasa II (LS13/LP13 – LS22/LP22) akan dimaklumkan selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh sepak mula LS13/LP13.

* Sekiranya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) layak ke AFC Champions League 2018, manakala pasukan Selangor layak ke pertandingan AFC Cup 2018, FMLLP akan mengeluarkan jadual liga baharu melibatkan mana-mana perlawanan Liga Super pasukan JDT dan Selangor (sekiranya perlu).

Leave a Reply