3 Laman Web Online Cari Homestay Murah 2022. Adakah anda seorang traveller di Malaysia? Sudah tentunya mencari tempat penginapan menjadi keutamaan bagi anda bercuti atau mereka yang sedang bermusafir. Tambahan pula dengan cuti sekolah, hotel dan homestay akan menjadi pilihan bagi para pelancong. Tapi mungkin anda ingin menginap selain daripada hotel, alternatif terbaik adalah homestay. Ini kerana homestay mempunyai ruang yang lebih besar dan harga lebih murah daripada hotel.

Bagaimana cara mencari dan tempah homestay dengan mudah? Untuk pengetahuan terdapat laman web yang memudahkan anda memilih dan menempah homestay secara online. Berikut dikongsikan adalah laman web terbaik untuk menempah homestay online.
3 Laman Web Online Cari Homestay Murah 2022
Berikut adalah senarai laman web cari homestay murah dan terbaik secara online :
1. Airbnb
Airbnb adalah salah satu laman web terbaik yang menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk mencari bilik atau homestay pilihan secara mudah menerusi online. Tambahan pula, Airbnb bukan sahaja menawarkan homestay di Malaysia, malah turut digunakan untuk mencari homestay di seluruh dunia.
Berdasarkan pemerhatian, harga homestay yang disenaraikan oleh Airbnb sangat berpatutan dan berbaloi kepada musafir atau para pelancong. Ada harganya yang jauh lebih baik daripada menginap di hotel. Bagi anda yang mempunyai jumlah ahli lebih daripada 4 orang, disyorkan memilih homestay sebagai tempat penginapan yang jauh lebih murah berbanding hotel.
Kelebihan adanya Airbnb adalah dapat diakses dalam aplikasi Android dan iPhone yang lebih memudahkan pengguna. Bagi pengguna baru, setiap pendaftaran baharu akan diberikan kredit sebanyak RM105 untuk anda gunakan bagi tempahan bilik atau homestay pertama anda.
2. Mudah.my
Mudah.my adalah satu lagi laman web yang digunakan untuk cari homestay secara online selain Airbnb. Mudah.my mungkin anda lebih kenali dengan mengiklankan barang atau produk, tapi ia turut menyenaraikan homestay yang terbaik buat pengguna.
Dengan adanya laman web ini anda boleh terus memilih homestay pilihan di kawasan yang anda ingin didiami dan seterusnya boleh menghubungi pemilik rumah tersebut untuk membuat tempahan secara online.
3. Booking.com
Booking.com adalah satu laman web mencari tempat penginapan yang popular di Malaysia dimana ia menawarkan kepada pengguna untuk memilih hotel dan juga homestay secara atas talian. Anda hanya perlu tekan di carian dan pilih tempat penginapan pilihan anda untuk dijadikan destinasi tempat tinggal dan tidur.
Tambahan lagi laman ini turut memaparkan review dari pelanggan yang pernah mencari tempat penginapan melalui laman Booking.com, dimana ia dapat memudahkan pengguna membuat pilihan tempat tinggal yang lebih baik. Malah, ia turut memaparkan kelebihan yang ada pada homestay yang telah dipilih.


