Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega 2019 (Nama Pemenang). Teka-teki siapakah yang layak ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega 2019, akhirnya terjawab dimana terdapat lima peserta iaitu Zero, Jborn, Puteh, Bocey dan Rare yang bakal beraksi di pentas akhir kali ini. Final Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM) telah sampai penghujung dimana berlangsung pada hari Jumaat, 10 Januari 2020. Maharaja Lawak Mega 2019 minggu akhir akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna dan distrim di Astro Go. Musim lalu, kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Ajak dan Shahrol telah menjuarai Maharaja Lawak Mega 2018. Siapakah yang bakal menjadi pemenang Maharaja Lawak Mega 2019?

Bagi juara akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000 beserta trofi sumbangan Astro, tempat kedua berjumlah RM250,000 dan tempat ketiga adalah RM150,000. Tempat keempat dan kelima turut memperolehi wang tunai bernilai RM50,000 dan RM15,000.
Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega 2019 (Nama Pemenang)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pemenang Maharaja Lawak Mega 2019 termasuk memaparkan nama pemenang dan hadiah :
Senarai Nama Pemenang Maharaja Lawak Mega 2019
JUARA (Wang Tunai RM500,000 beserta trofi) :
NAIB JUARA (Wang Tunai RM250,000 beserta trofi) : PUTEH
KETIGA (Wang Tunai RM150,000 beserta trofi) : ZERO
KEEMPAT (Wang Tunai RM50,000 beserta trofi) : BOCEY
KELIMA (Wang Tunai RM15,000 beserta trofi) : JBORN
MAN OF THE MATCH : RARE
Tahniah kepada pemenang juara Maharaja Lawak Mega 2019.


