Jadual Ujibakat Mentor Milenia 2019. Bilakah tarikh Program Mentor Milenia 2019 berlangsung? Untuk makluman, tarikh ujibakat Program Mentor Milenia 2019 bakal diadakan mulai 3 hingga 4 Ogos 2019 bertempat di Hotel Promenade, Kota Kinabalu manakala 24 – 25 Ogos & 7 – 8 September 2019 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Terdapat lima mentor iaitu Akim, Black, Hazama, Stacy dan Ernie Zakrie yang akan mengendalikan protégé pilihan mereka. Bagi juara Mentor Milenia 2019 bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi.

Jadual Ujibakat Mentor Milenia 2019
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ujibakat Mentor Milenia 2019 termasuk memaparkan tarikh, lokasi dan cara pendaftaran :
Tarikh dan Lokasi Ujibakat Mentor Milenia 2019
- Hotel Promenade, Kota Kinabalu – 3-4 Ogos 2019
- Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral – 24-25 Ogos & 7-8 Septembar 2019
Cara Daftar Peserta Mentor Milenia 2019
i. Terbuka kepada peserta berumur 17 – 23 tahun.
ii. Peserta yang ingin menghadiri uji bakat boleh memuat turun borang pendaftaran di www.xtra.com.my/mentormilenia dan membawanya ke sesi uji bakat selepas diisi.
iii. Peserta perlu membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport atau 3R dan minus one lagu yang bakal dipersembahkan untuk penilaian.
Selamat maju jaya buat protégé!


