Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 KPTN

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 KPTN | Adakah anda pelajar lepasan SPM atau STPM yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam/ IPTA sesi 2018? Bilakah tarikh Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) tahun 2018? Panduan buat anda yang menanti-nanti Karnival Pendidikan Tinggi Negara ‘Jom Masuk IPT’ dimana program ini akan diadakan di beberapa buah negeri dan zon di seluruh Malaysia. Karnival Pendidikan Tinggi 2018 akan berlangsung bermula daripada bulan Januari hingga bulan April 2018. Bagi anda yang ingin membuat Permohonan UPUOnline 2018/19, sila layari ke portal rasmi UPU. Berikut dikongsikan adalah jadual dan tarikh Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018.

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 KPTN

Untuk makluman tujuan utama Karnival Pendidikan Tinggi ini diadakan adalah memberi peluang kepada orang awam untuk mendapatkan maklumat terkini dari kolej-kolej dan universiti-universiti yang menyertai pameran pendidikan tersebut. Dengan adanya pameran ini secara tak langsung anda boleh jumpa direct ke wakil universiti untuk mendapat maklumat lanjut tentang sesebuah universiti tersebut.

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 KPTN

Berikut adalah maklumat tentang Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 yang mengandungi tarikh, lokasi dan negeri/ zon :

○ Tarikh : Bulan Januari sehingga April 2018

○ Waktu Masuk : 8 pagi hingga 5 petang

Tarikh dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018

1. Sabah (Tawau) : 27-28 Januari 2018

2. Sarawak (Miri) : 27-28 Januari 2018

3. Melaka : 3-4 Februari 2018

4. Kedah : 10-11 Februari 2018

5. Perlis : 10-11 Februari 2018

6. Johor : 24-25 Februari 2018

7. Negeri Sembilan : 24-25 Februari 2018

8. Pahang : 3-4 Mac 2018

9. Terengganu : 3-4 Mac 2018

10. Pulau Pinang : 10-11 Mac 2018

11. Kelantan : 10-11 Mac 2018

12. Sabah (Kota Kinabalu) :17-18 Mac 2018

13. Labuan : 17-18 Mac 2018

14. Selangor : 31 Mac-1 April 2018

15. Perak : 7-8 April 2018

16. Sarawak (Kuching) : 7-8 April 2018

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 KPTN

* Lokasi akan dikemaskini dari semasa ke semasa

* Masuk adalah percuma.

Semoga perkongsian Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 ini dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada semua pelajar. Selamat berkarnival dan masuk ke alam universiti.

Leave a Reply