Harga Tiket Feri Langkawi 2022 Terkini (Bayaran)

Harga Tiket Feri Langkawi 2022 Terkini (Bayaran). Nak bercuti bersama keluarga di Langkawi? Berapakah harga tiket feri Langkawi terkini? Percutian ke Langkawi sebenarnya satu destinasi yang sangat disukai dan diidam-idamkan oleh rakyat Malaysia kerana Pulau Langkawi tersebut memiliki keindahan alam semulajadi yang sangat indah dan mempesonakan. Tambahan lagi, Pulau Langkawi menjadi daya tarikan dan tumpuan pusat membeli belah kerana bebas cukai. Namun begitu, isu baru-baru ini mengenai kenaikan harga tiket sebanyak RM3.00 yang dikenakan ke atas penumpang feri menjadi tular.

Harga Tiket Feri Langkawi 2022 Terkini (Bayaran)

Dikhabarkan kenaikan harga tiket itu hanya dikenakan kepada pembeli tiket di kaunter sahaja. Hal ini dikatakan untuk menggalakkan orang ramai membeli tiket menerusi secara online dimana ia masih dikekalkan dengan harga asal. Namun selepas pembincangan isu ini, kerajaan Kedah telah menetapkan dengan tambang feri ke Langkawi mengikut harga lama.

Harga Tiket Feri Langkawi 2022 Terkini (Bayaran)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang harga dan tambang tiket feri Langkawi sebagai panduan buat pengguna :

Artikel ini sangat penting buat anda yang ingin bercuti di Langkawi buat pertama kali datang ke pulau ini. Terdapat dua cara untuk pergi ke Langkawi iaitu dengan feri dan kapal terbang. Jika feri jadi pilihan bagi anda, artikel adalah rujukan harga tiket feri ke Langkawi.

Senarai Harga Tiket Feri Ke Langkawi

Dari Jeti Kuala Kedah ke Kuah, Langkawi

  • Jangka Masa : 1 jam 45 minit
  • Dewasa : RM23.00
  • Kanak-Kanak (Umur 3-11) : RM17.00

Dari Kuala Perlis ke Langkawi

  • Jangka Masa : 1 jam 15 minit
  • Dewasa : RM18.00
  • Kanak-Kanak : RM13.00

Jeti Pulau Payar, Penang ke Langkawi

  • Jangka Masa : 2 jam 45 minit
  • Dewasa : RM36.00
  • Kanak-Kanak : RM26.00

Untuk dapatkan maklumat dan keterangan lanjut boleh layari ke laman web http://ticket.langkawiferryline.com/.

Selamat bercuti ke Pulau Langkawi yang mempunyai beberapa tempat menarik untuk dilawati.

Leave a Reply