Contoh Objektif Kajian Tugasan Geografi PT3 2018 | Anda calon Tingkatan Tiga tahun 2018? Panduan buat pelajar yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 tahun 2018, dimana mereka perlu menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PT3. Untuk makluman, menurut info daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia, calon perlu menyiapkan tugasan Geografi PT3 2018 bermula dari 8 Julai sehingga 27 Julai 2018. Tajuk tugasan Geografi PT3 tahun 2018 masih belum diumumkan secara rasmi. Berikut adalah senarai contoh objektif kajian Geografi PT3 2018 dalam tugasan kerja kursus.
Contoh Objektif Kajian Tugasan Geografi PT3 2018
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh objektif kajian Kerja Kursus Geografi PT3 2018 yang boleh dijadikan panduan buat pelajar PT3 :
Tajuk Kerja Kursus Geografi PT3 2018
○ 2018 : akan dikemaskini
○ 2017 : Kajian Peta
○ 2016 : Kajian Kes Tentang Pengangkutan Di Tempat Tinggal/ Sekolah Anda
Maklumat Objektif Kajian Geografi PT3 2018
Berikut aspek-aspek objektif kajian tugasan Geografi PT3 2018 yang perlu dilaksanakan oleh calon :
1. Tajuk Kajian
2. Nama Penulis
3. Isi Kandungan
4. Rumusan
5. Sumber Rujukan
6. Membentangkan Laporan Hasil Kajian
Objektif Kajian Kerja Kursus Geografi PT3 2018
Berikut adalah contoh Objektif Kajian Geografi PT3 2018 buat rujukan pelajar untuk menghasilkan tugasan kerja kursus ini seperti berikut:
Contoh
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kerja kursus yang perlu dilaksanakan melalui beberapa aspek seperti berikut :
1. Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang belakang ciri fizikal dan budaya di kawasan kajian.
2. Melakar sebuah peta lakar berasaskan peta topografi dengan lengkap dan mentafsir peta lakar di kawasan kajian.
3. Mendapatkan maklumat berasaskan lorekan kawasan yang berpotensi dimajukan dan menghuraikan faktor-faktor potensinya.
Nota : Objektif kajian di atas adalah contoh sahaja tugasan kerja kursus Geografi PT3 bagi tahun 2017.
INFO BERKAITAN :
○ Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018
Semoga perkongsian tentang Contoh Objektif Kajian Tugasan Geografi PT3 2018 ini dapat dijadikan rujukan dan panduan buat calon PT3. Selamat menghadapi peperiksaan PT3 dan moga memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sebenar.