Cara Mohon Bantuan RM300 Telefon Pintar Dan RM180 Data Internet Untuk B40

Cara Mohon Bantuan RM300 Telefon Pintar Dan RM180 Data Internet Untuk B40. Berita baik buat penerima Bantuan Prihatin Rakyat tahun 2021. Untuk makluman, menerusi Belanjawan 2021 kerajaan Malaysia mengumumkan satu bantuan khas iaitu Program Jaringan Prihatin untuk membantu 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih. Bagi penerima BPR layak menyertai program Jaringan Prihatin dengan membuat penebusan rebat RM300 telefon pintar dan RM180 data internet menerusi 12 syarat telekomunikasi di Malaysia. Pendaftaran dibuka bermula pada 5 Mei sehingga 31 Julai untuk Jaringan Prihatin.

Cara Mohon Bantuan RM300 Telefon Pintar Dan RM180 Data Internet Untuk B40

Program Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta dua belas (12) syarikat telekomunikasi di Malaysia, iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.

Cara Mohon Bantuan RM300 Telefon Pintar Dan RM180 Data Internet Untuk B40

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Jaringan Prihatin termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon :

Syarat Kelayakan Bantuan Program Jaringan Prihatin

Semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menyertai program Jaringan Prihatin.

Jika anda penerima yang layak, anda boleh melanggan pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini. Pelan komunikasi dan pakej peranti yang ditawarkan telah disubsidi bersama oleh Kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini.

Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan, iaitu:

  • Subsidi 1: Subsidi pelan data bulanan; atau
  • Subsidi 2: Subsidi pembelian pakej peranti mudah alih.

Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.

Sementara itu, penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan

Senarai Kategori Penerima Program Jaringan Prihatin

a. ADA ANAK <18 TAHUN: Bantuan RM300 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun.

b. TIADA ANAK: Bantuan RM180 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun.

Cara Mohon & Tebus RM300 Telefon Pintar Dan RM180 Data Internet

Bagi penerima BPR boleh membuat pendaftaran menerusi syarikat-syarikat telekomunikasi yang menyertai Program Jaringan Prihatin seperti berikut :

Nota : Hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak (disahkan melalui nombor kad pengenalan). Jika anda mempunyai dua (2) nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih satu (1) nombor mudah alih yang akan menerima tuntutan subsidi tersebut.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin

Leave a Reply