Cara Lafaz Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Cara Lafaz Niat Puasa Sunat Hari Arafah. Bilakah tarikh rasmi puasa sunat Arafah tahun 2018 di Malaysia? Panduan buat umat Islam yang ingin ketahui tarikh dan niat puasa sunat hari Arafah. Menurut makluman daripada Takwim Islam Malaysia 2018, umat Islam khususnya di Malaysia disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah 1439 Hijrah yang jatuh pada hari Selasa, 21 Ogos 2018. Untuk makluman, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban pada hari Rabu, 22 Ogos 2018. Hari Raya Haji juga merupakan hari cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia.

Cara Lafaz Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Cara Lafaz Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tarikh rasmi dan cara niat puasa sunat hari Arafah tahun 2018 di Malaysia:

Tarikh : 21 Ogos 2018 (Hari Selasa) bersamaan 9 Zulhijjah 1439H

Apa Hari Arafah?

Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang wukuf di Arafah dan kaum muslimin di negara lain yang tidak berwuquf. Oleh itu, hari yang selepasnya dijadikan hari perayaan bagi semua kaum Muslimin di tempat masing-masing, sama ada mereka yang pergi menunaikan haji atau tidak, disebabkan kesemuanya layak mendapat keampunan dosa dan terlepas daripada azab api neraka pada hari Arafah.

Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Hari Arafah mempunyai kelebihan yang besar dalam syariat Islam. Maka, puasa pada hari tersebut mempunyai kelebihan dan fadilat yang besar juga. Sebagai seorang Muslim digalakkan berniat untuk berpuasa pada hari Hari Arafah kerana pada hari tersebut merupakan peluang mendapatkan ganjaran pahala yang sangat besar bagi membersihkan segala dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang.

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala.

Semoga perkongsian tentang Cara Lafaz Niat Puasa Sunat Hari Arafah dapat dijadikan panduan buat umat Islam. Selamat berpuasa dan menunaikan fardhu haji di Baitullah.

Leave a Reply