Cara Claim Internet Percuma 1GB Untuk Semua Telco Sehingga 31 Disember

Cara Claim Internet Percuma 1GB Untuk Semua Telco Sehingga 31 Disember. Berita baik buat rakyat Malaysia dimana menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) mengumumkan kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan internet 1GB secara percuma kepada semua pengguna dari 8 pagi hingga 6 petang. Inisiatif internet percuma ini disediakan sehingga 31 Disember 2020 yang antara lain membolehkan pengguna melayari laman web pendidikan dan aplikasi persidangan video. Selain itu semua pengguna akan mendapat akses secara percuma tanpa had laman web kerajaan dan aplikasi Covid-19 kerajaan khususnya MySejahtera, MyTrace dan Gerak Malaysia.

Cara Claim Internet Percuma 1GB Untuk Semua Telco Sehingga 31 Disember

Cara Claim Internet Percuma 1GB Untuk Semua Telco Sehingga 31 Disember

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Internet Percuma 1GB termasuk memaparkan cara penebusan :

Tempoh Masa Akses Internet Percuma

Data 1GB percuma ini boleh diakses dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

Senarai Portal Yang Dilawat Dengan Percuma Tanpa Dicaj

  • Sinar Harian
  • Metro
  • New Straits Times
  • Nanyang Siang Pau
  • New Sabah Times
  • Bernama
  • Berita Harian
  • Astro Awani
  • Utusan Borneo
  • Ministry of Health
  • New Sarawak Tribune
  • The Star

Senarai Aplikasi Yang Dapat Akses Percuma

  • MySejahtera
  • MyTrace
  • Gerak Malaysia

Cara Penebusan Internet Percuma 1GB Bagi Semua Telco

CELCOM

Untuk pengguna Celcom, Xpax, dan Yoodo anda akan menerima data 1GB percuma setiap hari secara automatik tanpa perlu SMS / download apps.

MAXIS

Anda juga boleh menebus 1GB percuma dengan menelefon *100# (Maxis) dan *868# (Hotlink).

Untuk menebus internet percuma melalui apps, caranya:

  • Maxis Postpaid : Aplikasi MyMaxis > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass
  • Maxis Biz Postpaid : Aplikasi MyMaxis Biz > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass
  • Hotlink Flex Postpaid : Aplikasi Hotlink Flex > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass
  • Hotlink Prepaid : Aplikasi Hotlink RED > klik pada banner di muka utama dan pilih “Free 1GB Pass” atau aktifkan pass di bawah tab ‘Shop’

DIGI

Pelanggan Digi perlu tebus data 1GB percuma melalui aplikasi MyDigi sekali sahaja untuk mengaktifkan pemberian data percuma ini. Pelanggan pascabayar boleh menebus melalui apps MyDigi > Rewards. Manakala pelanggan prabayar boleh menebus dengan cara menelefon *128#

TUNETALK

Sama seperti Digi, pelanggan TuneTalk perlu menghantar SMS “STAYHOME” ke 2222 sekali sahaja untuk mengaktifkan pelan data percuma ini.

U MOBILE

Para pelanggan U Mobile akan menerima data percuma ini secara automatik. Namun hanya untuk pengguna plan pascabayar, prabayar dan broadband sahaja. Pelanggan WeChat Go tidak layak menerima data percuma ini.

YOODO

Selain data percuma secara automatik, Yoodo turut memberikan lebih data kepada para pelanggannya pada 20 & 27 April lalu. Data yang diberikan tiada had masa dan boleh dibawa ke depan sehingga kitaran pelan seterusnya.

UNIFI MOBILE

Para pelanggan Unifi akan menerima pemberian data ini secara automatik.

Leave a Reply