Bantuan Sara Hidup 2018 : Tarikh, Jumlah dan Cara Pembayaran

Bantuan Sara Hidup 2018 : Tarikh, Jumlah dan Cara Pembayaran | Adakah anda pemohon BR1M tahun 2018? Berita baik buat anda dimana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini masih diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Untuk makluman, menerusi kenyataan daripada Perdana Menteri Malaysia baharu, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dijenamakan semula dan digantikan kepada Bantuan Sara Hidup (BSH). Sebanyak RM1.6 bilion akan diberikan kepada lebih 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak dan pembayaran fasa 2 Bantuan Sara Hidup akan diagihkan bermula 6 Jun 2018.

Bantuan Sara Hidup 2018 : Tarikh, Jumlah dan Cara Pembayaran

Selain itu, berita baik juga kepada penjawat awam Gred 41 ke bawah dan pesara kerajaan, dimana kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Raya sebanyak RM400 bagi kakitangan awam manakala pesara kerajaan menerima bantuan RM200 sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Bantuan Sara Hidup 2018 : Tarikh, Jumlah dan Cara Pembayaran

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup termasuk tarikh dan jumlah pemberian :

Jumlah Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2018

1. Kategori isi rumah pendapatan bawah RM3000

● Jumlah Bantuan : RM1,200

● Ansuran Pertama : RM400 (26 Februari 2018)

● Ansuran Kedua : RM400 (6 Jun 2018)

● Ansuran Ketiga : RM400

2. Kategori isi rumah pendapatan bawah RM4000

● Jumlah Bantuan : RM900

● Ansuran Pertama : RM300 (26 Februari 2018)

● Ansuran Kedua : RM300 (6 Jun 2018)

● Ansuran Ketiga : RM300

Cara Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2018

Berikut adalah kaedah pembayaran Bantuan Sara Hidup seperti di bawah ;

1. Akaun Bank

Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan maklumat akaun bank semasa memohon.

Isi Penting Pengumuman Perdana Menteri

Berikut adalah antara isi-isi penting pengumuman yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 30 Mei 2018 :

1. Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan menggantikan GST bermula 1 September 2018.

2. Projek laluan MRT3 tidak akan diteruskan lagi.

3. Diskaun 50 % bagi semua tol dua hari sebelum raya.

4. Harga minyak Diesel dan Petrol RON 95 dikekalkan manakala RON 97 diapung mengikut harga pasaran.

5. Kerajaan telah melancarkan Tabung Harapan untuk rakyat menyalurkan bantuan.

6. Tema Hari Kebangsaan 2018 ialah Sayangi Malaysiaku

7. Projek ECRL masih lagi dalam kajian.

8. Rangkaian Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan 41 perlawanan Piala Dunia 2018 di Russia secara percuma.

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Sara Hidup, sila layari laman web di https://ebr1m.hasil.gov.my/.
Semoga perkongsian tentang informasi ini dapat dijadikan panduan buat penerima bantuan tersebut. Selamat membuat perbelanjaan dengan berhemah dan jimat cermat.

Leave a Reply