Sinopsis Drama Anak Sena Lakonan Ben Amir & Shasha Abedul. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Anak Sena’ lakonan Ben Amir, Ruzaidi Abdul Rahman dan Hadi Putra sebagai watak utama. Drama Anak Sena akan mula bersiaran pada 26 Ogos 2021 setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di slot Lestary TV3. Drama ini diarahkan oleh Bahri Uma di bawah terbitan Kembara Sufi Production dan menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Shasha Abedul, Danish Zamri, Lan Siro, Bazruzainizam dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Anak Sena!

Sinopsis Drama Anak Sena Lakonan Ben Amir & Shasha Abedul
Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Anak Sena termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
JUDUL : ANAK SENA
EPISOD : 8
TARIKH TAYANGAN : 26 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Hari Rabu hingga Jumaat, 9 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Bahri Uma
PRODUKSI : Kembara Sufi Production
PELAKON : Ben Amir, Hadi Putra, Shasha Abedul, Ruzaidi Abdul Rahman, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Danish Zamri, Lan Siro, Danish Iskandar, Bazruzainizam, Norshahira Malik, Habeeb Rasely, Azwan Ali, Sera Melissa, Akmal Ahmad
Senarai Pelakon Drama Anak Sena
- Ben Amir sebagai Cikgu Amir
- Hadi Putra sebagai Wadi
- Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Tok Sena
- Shasha Abedul sebagai Fatin
- Farah Ahmad sebagai Kiambang
- Nadia Aqilah sebagai Kuntum
- Danish Iskandar sebagai Karim
- Lan Siro sebagai Jati
- Norshahira Malik sebagai Amira
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang guru dalam membimbing anak masyarakat Orang Asli. Wadi (Hadi Putra) adalah seorang pelajar anak Orang Asli yang mempunyai bakat dalam sukan. Gurunya, Cikgu Amir (Ben Amir) cuba untuk mencungkil bakat dimiliki pelajar itu.
Lagu Tema Drama Anak Sena
Akan dikemaskini


