Senarai Lagu Tugasan Gegar Vaganza 2019 Minggu 4. Apakah lagu yang bakal dinyanyikan oleh peserta Gegar Vaganza 2019? Konsert Gegar Vaganza 2019 musim keenam akan memasuki minggu keempat dimana akan berlangsung pada hari Ahad, 3 NOVEMBER 2019. Para peserta akan diberikan lagu tugasan masing-masing untuk mempersembahkan vokal di atas pentas Gegar Vaganza 2019. Persembahan para peserta akan diadili oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang bersama juri undangan mingguan.

Konsert mingguan Gegar Vaganza 2019 (GV6) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut disiarkan di saluran Astro Ria dan Ria HD bermula jam 9 malam. Minggu lalu, Nurfatima telah dipilih sebagai Artis Cili Padi Paling Power dan Ameer Sofazr adalah peserta kedua yang tersingkir selepas Mazleela.
Senarai Lagu Tugasan Gegar Vaganza 2019 Minggu 4
Berikut dikongsikan senarai lagu Konsert Gegar Vaganza 2019 bagi minggu ke-4 yang melibatkan 13 peserta :
- Naqiu duet Siti Nordiana – Gurauan berkasih (Spin & Siti Nordiana)
- Jattt duet Ayai Ilusi – Debunga Wangi (Lefthanded)
- Wann duet Aris ariwatan – Engkau Laksana Bulan
- Nurfatima duet liza Hanim – Anggapanmu (Ziana Zain)
- Hady Mirza duet Siti Sarah – Kisahku inginkan (Siti Nurhaliza & Judika)
- One Nation Emcess Duet Azharina – Layar Impian (Ella)
- Roy duet Amelina- Yang tersayang
- Noorshila Amin duet Syamel – Aku Cinta (Syamel & Ernie)
- Kool duet Farawahida- Siapa dia Sebelum Aku
- Feeza duet Hafiz Shuib – Bagaikan Sakti
- Sham Visa duet Marsha – My Heart (Acha & Irwansyah)
Keputusan Penyingkiran Peserta Gegar Vaganza 2019
Untuk sistem pemarkahan para juri akan mengendalikan sepenuhnya 100% berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Peserta yang mendapat kedudukan paling rendah akan disingkirkan daripada program Gegar Vaganza 2019.
ARTIS CILI PADI PALING POWER : Jatt Ali
PESERTA TERSINGKIR : Kool


